Perebutan Piala Presiden Sofbol bermula

Perebutan Piala Presiden Sofbol bermula

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt – Pasukan Black Arrow berjaya menewaskan Pasukan Wanderers dengan kiraan mata 11-4 dalam Piala Presiden Persatuan Sofbol Amatur Brunei yang diadakan di Arena Sukan Jerudong, baru-baru ini.

Sementara itu, satu lagi perlawanan yang menyaksikan Pasukan Gunners berjaya menumpaskan Pasukan Zombies dengan kiraan mata 5-2 bagi cabaran untuk mara ke peringkat akhir bagi merebut

piala kejuaraan dalam kejohanan tersebut yang akan diadakan pada 9 November ini nanti.

Manakala bagi Bahagian Perempuan pula, kejohanan tersebut akan bermula pada 15 Oktober ini dan bakal menyaksikan pertembungan tiga buah pasukan bagi bersaing menjulang Piala Presiden 2016 kali ini.

Antara aksi dalam perlawanan tersebut.
Antara aksi dalam perlawanan tersebut.