Pereka Bolivia eksport fesyen mewah puak asli

Pereka Bolivia eksport fesyen mewah puak asli

BOLIVIA – Beberapa abad yang lalu, para penjajah Sepanyol telah memaksa beberapa hamba abadi daripada Bolivia untuk mengenakan beberapa pakaian yang mana kini menjadi simbol dan lambang ‘Cholitas’ buat negara Bolivia.

Pada hari ini, seorang pereka tempatan negara itu telah merancang untuk mengeksport fesyen mewah rekaannya yang berbentuk ‘Cholitas’. Diserikan dengan aksesori tambahan seperti topi bowler, skirt dan beberapa selendang berupaya menampilkan satu busana kemesraan dan akan dipertontonkan di beberapa buah negara seperti Sepanyol, Perancis dan banyak lagi.

Selepas sahaja berjaya dalam persembahan pertama beliau dalam minggu fesyen di New York, pereka terkenal dari Bolivia, Eliana Paco yang berusia 34 tahun telah bersedia untuk membawa gaya tersebut untuk dipersembahkan kepada orang ramai yang mana kebanyakannya beranggapan bahawa fesyen seperti ini telah didiskriminasikan oleh dunia.

Dikenali sebagai ‘Cholitas’, fesyen seperti ini kebanyakannya digunakan oleh kaum asli puak wanita di Bolivia malah turut dipakai oleh kaum kelas bawahan seperti pembantu rumah dan para buruh wanita. Pereka itu ingin mengubah persepektif itu dan Presiden Bolivia, Evo Morales sendiri mengatakan bahawa pakaian tradisional itu adalah menjadi simbol dan identiti kebanggaan buat Bolivia.

Eliana telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia fesyen khususnya di negara beliau. Kebanyakan artis dan penyampai TV serta menteri-menteri kabinet sering memberikan perhatian sepenuhnya kepada fesyen itu.

Misi pereka fesyen itu kini adalah untuk menggunakan beberapa sentuhan canggih dan menggabungkan dengan reka bentuk yang lebih moden namun masih mengekalkan nilai tradisi busana tersebut. – AFP
Misi pereka fesyen itu kini adalah untuk menggunakan beberapa sentuhan canggih dan menggabungkan dengan reka bentuk yang lebih moden namun masih mengekalkan nilai tradisi busana tersebut. – AFP

Misi pereka fesyen itu kini adalah untuk menggunakan beberapa sentuhan canggih dan menggabungkan dengan reka bentuk yang lebih moden namun masih mengekalkan nilai tradisi busana tersebut. Eliana telah mengambil satu langkah yang besar dalam mempersembahkan barisan reka bentuk fesyen beliau ketika berada di New York pada bulan September yang lalu.

Kebanyakan reka bentuk yang ditunjukkan adalah berkaitan dengan dunia dan kebanyakan rekaan beliau mewarnai tajuk-tajuk utama di beberapa buah siarah akhbar antarabangsa. Koleksi beliau itu dikenali sebagai ‘Pachamama’ iaitu ‘Mother Earth’ dan dalam bahasa Bolivia, Quechua. “Ia adalah kali pertama, rekaan tersebut diperagakan di atas pentas peragaan dan sebanyak 12 model antarabangsa telah mengenakan rekaan saya dan itu adalah satu kepuasan buat diri saya,” kata Eliana kepada wartawan AFP.

Satu pusingan yang hebat

Eliana sedang berusaha kuat bagi memastikan penghasilan ‘Cholitas’ yang hebat dan berdaya saing. Aksesori tambahan menjadi sumber utama dalam menjadikan busana lebih menarik dan mampu menarik perhatian orang ramai khususnya dalam industri fesyen.

“Saya sangat suka dengan pakaian Cholita. Ia mengingatkan saya kepada Yves Saint Laurent ketika dahulu dan Armani ketika ini, Malah Cholita lebih anggun dengan mengenakan topi bowler,” kata seorang pereka fesyen dari Sepanyol, Agatha Ruiz de la Prada ketika berada di Peru di mana beliau sedang memperlihatkan koleksi fesyen Cholita di Lima, Peru. “Sehingga ke hari ini, masih belum ada pemasaran antarabangsa terhadap Cholita dan sudah masanya untuk kami bertindak,” tambahnya lagi kepada wartawan AFP.

Ibu bapa kepada Eliana amat berbangga dengan kualiti rekaan beliau yang berwarna-warni dan dinamakan sebagai ‘Aguayo’. – AFP
Ibu bapa kepada Eliana amat berbangga dengan kualiti rekaan beliau yang berwarna-warni dan dinamakan sebagai ‘Aguayo’. – AFP
Kebanyakan reka bentuk yang ditunjukkan adalah berkaitan dengan keindahan dunia seperti bunga dan sebagainya. – AFP
Kebanyakan reka bentuk yang ditunjukkan adalah berkaitan dengan keindahan dunia seperti bunga dan sebagainya. – AFP

Eliana berasa yakin dengan reka bentuk itu akan berupaya masuk dalam pasaran antarabangsa. “Saya fikir fesyen ini akan berupaya menarik perhatian khususnya wanita-wanita Eropah dan digunakan sebagai selendang dan sebagainya setiap hari,” kata pereka itu dengan bersuara lembut dan tersenyum. Beliau dapat membayangkan selendang dan reka bentuk pakaian beliau akan berpotensi besar dalam industri pakaian.

Skirt 10 kilogram

Ibu bapa kepada Eliana amat berbangga dengan kualiti rekaan beliau yang berwarna-warni dan dinamakan sebagai ‘Aguayo’. ‘Aguayo’ dibuat dengan olahan selendang dan tenunan tangan dengan alpaca dicelup secara semula jadi atau dengan menggunakan buluh Vicuna. Bagi memastikan kualiti selendang dan kain ini dihasilkan, hanya mereka yang pakar saja akan berupaya menjadikan lapisan fabrik ini nampak indah dan cantik. Lazimnya, fabrik sebegini akan dihasilkan dalam masa tiga atau empat minggu. Disebabkan oleh lapisan febrik yang banyak, ada kalanya skirt busana agak kelihatan barat dan mencapai berat sehinggan 10 kilogram.

Satu busana yang penuh boleh mencecah sehingga AS$200 kepada AS$4,300. Bagi mana-mana majlis khas atau majlis orang kaya, pakaian yang dikenakan lebih berbeza dengan yang lain dan busana itu lebih dikenali sebagai ‘Elit Cholita’.

Apa yang membezakan ia dengan Cholita yang lain ialah disebabkan oleh tambahan aksesori seperti emas, pin perak, kerongsang dan permata yang mampu menyerikan lagi keindahan busana tersebut.

“Bagi saya sendiri, pakaian ini melambangkan satu budaya, satu identiti, kebanggaan dan juga pekerjaan kerana kebanyakan pekerja mengambil masa yang lama untuk menghasilkan busana ini dan perkara ini sedikit sebanyak memberikan satu gambaran bahawa ia adalah mengenai pemerkasaan wanita untuk bebas dan profesional,” tambah Eliana mengakhiri temu ramah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA