Pereka disarankan manfaat perkembangan fesyen China

Pereka disarankan manfaat perkembangan fesyen China

BEIJING, 16 Mei (Bernama) – Kuasa beli di China dijangka berkembang sejajar dengan peningkatan ekonominya, terutamanya dalam golongan kelas pertengahan.

Justeru itu, sudah sampai masanya bagi pereka fesyen Malaysia untuk menembusi pasaran China, susulan permintaan tinggi terhadap lebih banyak label fesyen.

Baru-baru ini, dua pereka fesyen utama Malaysia, Khoon Hooi and Melinda Looi, memperagakan koleksi terbaharu Autumn Winter 2016 mereka di Minggu Fesyen Shanghai.

Pembeli dan media dari seluruh China dijemput ke bilik pameran Danube Fashion Office (DFO) untuk membuat ulasan dan menempah rekaan terbaharu dua pereka fesyen itu.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sering memberi penekanan tentang pentingnya bagi pereka fesyen dan label Malaysia untuk menempatkan diri mereka di Shanghai, sebagai platform terbaik bagi menembusi pasaran China.

“Shanghai bakal menjadi peneraju dalam industri fesyen China. Pereka fesyen Malaysia yang berorientasikan reka bentuk sofistikated, moden dan bergaya harus menimbangkan Shanghai sebagai pangkalan mereka di China,” kata Pesuruhjaya Perdagangan Matrade di Shanghai, Syed Mohamad Fairus.

ARTIKEL YANG SAMA