Perekonomian AS, China sedikit terjejas

Perekonomian AS, China sedikit terjejas

BEIJING, 7 Jun – Firma AS rasa semakin tidak dialu-alukan di China, kata pegawai kanan Amerika hari ini, tatkala percanggahan pendapat menyurami dialog tahunan di Beijing.

Komen tersebut keluar tatkala satu tinjauan firma Eropah berkata pertumbuhan lembap China sesuai dengan persekitaran perniagaan yang semakin ‘sukar.’

Syarikat Amerika “sedang menyoal sama ada mereka dialu-alukan di China,” beritahu setiausaha perbendaharaan AS Jack Lew pada satu mesyuarat CEO mengenai isu sampingan dialog Strategik dan Ekonomi.

“Kebimbangan mengenai persekitaran perniagaan telah meningkat dalam beberapa tahun ini,” tambah beliau.

Diplomat tertinggi AS John Kerry menggesa Beijing supaya ‘mengeluarkan sekatan’ daripada syarikat, menambah kedua-dua negara masih belum menyelesaikan isu mengenai harta intelektual dan menjelaskan ‘peraturan jalan raya.’

“Seperti yang diketahui oleh setiap ahli perniagaan di meja ini, sudah tentunya, kepastian, kejelasan, keadilan dan pelaksanaan undang-undang yang sama untuk semua orang adalah penting kepada keyakinan pasaran,” kata beliau.

Beliau menambah undang-undang China mengenai pertubuhan bukan kerajaan asing, termasuk universiti dan kumpulan profesional, dijangka dikuatkuasa pada tahun depan akan menjejas keupayaan mereka bekerja di China.

Lew dan Kerry mengeluar komen mereka dalam satu mesyuarat bersama CEO daripada korporasi AS terma-suk pengeluar logam Alcoa, yang telah menuduh China membuang aluminium di pasaran dunia.

Kumpulan itu juga termasuk eksekutif daripada Kumpulan Wanda China, di mana pembelian luar negara baru-baru ini termasuk pembelian studio Hollywood Legendary pada awal tahun ini.

Timbalan perdana menteri China Wang Yang meminta syarikat supaya berusaha mencatat “keputusan seimbang” sementara mengakui “dalam ekonomi pasaran, persaingan sentiasa wujud di antara perniagaan kami.” – AFP