Perfect Vision bantu kanak-kanak KACA kurang penglihatan

Perfect Vision bantu kanak-kanak KACA kurang penglihatan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – Sebagai usaha berterusan untuk menghulurkan bantuan berupa kaca mata bagi kanak-kanak istimewa yang memerlukan, Perfect Vision (Brunei), baru-baru ini, telah menyampaikan kaca mata kepada 14 orang pelajar istimewa Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA) di Pusat KACA, yang tetletak di Kampung Kiulap.

Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat bagi Perfect Vision yang diadakan bersempena dengan Hari Penglihatan Sedunia 2015.

Menurut kenyataan Perfect Vision, di sini, sumbangan itu adalah kali ketiga yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut untuk membantu penglihatan mereka yang memerlukan daripada menjadi lebih teruk apabila membesar nanti. Ia juga diharapkan supaya mereka akan dapat menumpukan pembelajaran dengan lebih baik dan efektif.

Para pelajar di Pusat KACA yang menerima kaca mata khas sumbangan Perfect Vision (Brunei).
Para pelajar di Pusat KACA yang menerima kaca mata khas sumbangan Perfect Vision (Brunei).

Menurutnya lagi, kakitangan daripada syarikat berkenaan telah mengadakan pemeriksaan mata dan penglihatan ke atas seramai 28 orang pelajar Pusat KACA pada 10 Oktober lalu dan mendapati 14 orang daripada mereka memerlukan kaca mata untuk membantu penglihatan mereka.

Pihak Perfect Vision berharap dengan kaca mata khusus yang diberikan kepada para pelajar tersebut, ia akan dapat membantu mereka bukan sahaja untuk mempunyai penglihatan yang lebih jelas dan sempurna, tetapi juga membantu dalam kehidupan dan pendidikan seharian mereka.

ARTIKEL YANG SAMA