PERGA korban 4 kerbau, 3 sapi

PERGA korban 4 kerbau, 3 sapi

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN 13 Sept – Persatuan Bekas Guru Agama (PERGA) juga tidak ketinggalan memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidiladha, pagi tadi, dengan mengadakan majlis korban yang berlangsung di salah sebuah kediaman ahli PERGA, di Kampung Selayun Sengkurong.

Persatuan itu telah menumbangkan empat ekor kerbau dan tiga ekor sapi dan daging-dagingnya telah diagih-agihkan kepada ahli-ahli persatuan, penduduk kampung Selayun dan orang-orang yang memerlukan.

Presiden PERGA, Haji Abdul Rahim bin Haji Gantang, semasa ditemui menjelaskan bahawa acara itu merupakan aktiviti persatuan kali ke-6 yang melibatkan ahli-ahli persatuan tersebut.

Daging-daging korban yang sudah sedia untuk diagihkan.
Daging-daging korban yang sudah sedia untuk diagihkan.
Haji Abdul Rahim ketika ditemui semasa majlis korban PERGA.
Haji Abdul Rahim ketika ditemui semasa majlis korban PERGA.

Menurut beliau lagi, persatuan ini juga turut aktif mengadakan pelbagai aktiviti sosial dan acara-acara yang berkonsepkan keagamaan.

Majlis itu antara lain bertujuan untuk memperbanyakkan amalan ibadah di samping menyemarakkan syiar Islam dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli dan masyarakat.

Setakat ini, persatuan PERGA telah pun mempunyai lebih 100 orang ahli yang terdiri daripada bekas-bekas guru agama yang telah bersara sejak persatuan ini ditubuhkan pada tahun 2011.

ARTIKEL YANG SAMA