Pergantungan sumber tenaga suatu sumpahan ekonomi Rusia

Pergantungan sumber tenaga suatu sumpahan ekonomi Rusia

MOSCOW, 24 Jan – Simpanan minyak dan gas yang banyak telah menjadi rahmat untuk Rusia, tetapi mereka kini terasa seperti satu sumpahan tatkala harga rendah menjerumus negara dalam krisis ekonomi yang tidak menunjukkan tanda-tanda berkurangan.

Mata wang ruble merosot kepada tahap rendah sejak seminggu lalu tatkala harga minyak mentah global meleset kepada tahap rendah 12-tahun, memaparkan Rusia yang mudah terdedah kepada perubahan harga minyak dan kerajaan Presiden Vladimir Putin telah melepaskan peluang untuk mempelbagaikan ekonomi.

Walaupun ruble berpulih pada Jumaat selepas pemulihan pasaran minyak, ketua bank pusat Rusia, Elvira Nabiullina, menggesa “usaha struktural dilaksanakan untuk mempelbagai ekonomi.”

“Kami tidak harus menjangka melihat harga minyak kembali kepada tahap tinggi,” kata beliau.

Permintaan untuk memajukan sektor ekonomi yang lama terbiar keluar tatkala kerajaan menghadapi tekanan yang meningkat untuk bertindak terhadap krisis ekonomi teruk yang telah melihat inflasi meningkat dan kuasa pembelian warga Rusia mengecut mendadak.

Rusia mudah terdedah kepada perubahan harga minyak dan kerajaan Presiden Vladimir Putin telah melepaskan peluang untuk mempelbagaikan ekonominya.
Rusia mudah terdedah kepada perubahan harga minyak dan kerajaan Presiden Vladimir Putin telah melepaskan peluang untuk mempelbagaikan ekonominya.

Harga minyak yang melambung pada tahun 2000 apabila Putin menjadi perdana menteri membantu mengisi tabung negara dan membawa satu era kemakmuran.

Kekayaan minyak, yang membawa kepada taraf hidup yang leih tinggi selepas peralihan negara kepada kapitalisme pada 1990, juga mempertingkat kepopularan Putin.

Namun sejak satu dekad lalu, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) telah menggesa Rusia supaya menggunakan pendapatan minyaknya untuk menyokong penyusunan semula sektor ekonomi yang tidak dipedulikan sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.

“Minyak adalah rahmat dan sumpahan,” ketua misi IMF ke Rusia Antonio Spilimbergo mengingatkan pada 2012, menggesa Rusia supaya mempertingkat persekitaran perniagaan dan membanteras rasuah untuk menarik pelaburan asing. – AFP