Pergiat belia sertai aktiviti kecergasan

Pergiat belia sertai aktiviti kecergasan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Dis – Bagi memberikan galakan kepada ahlinya untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti kecergasan, Begawan Fixed Gear, buat julung-julung kalinya telah menganjurkan pertandingan basikal fixie yang berlangsung di Jerudong Park Amphitheatre, semalam.

Pertandingan yang bermula dari jam 10 pagi hingga 3 petang itu mempertandingkan tiga kategori iaitu Fixie Show, Fixie Freestyle dan Fixie Trackstand.

Kategori Fixie Show dijuarai oleh Awang Haziq Syukri dengan mengutip 85 mata diikuti oleh Awang Wafi Lugu dengan 83 mata untuk di tempat kedua dan Awang Mohd Ihsanuddin mendapat tempat ketiga dengan 81 mata.

Bagi Kategori Freestyle, Awang Shah SK muncul sebagai juara setelah mengutip 98 mata, Awang Syafiq Muizz selaku naib johan dengan 95 mata dan On Chin Ping mendapat tempat ketiga dengan meraih 90 mata.Sementara itu, Awang Abdul Wapi pula muncul sebagai juara tunggal Kategori Fixie Trackstand.

Salah seorang pemenang menerima hadiah dalam pertandingan itu.
Salah seorang pemenang menerima hadiah dalam pertandingan itu.
Seorang peserta mempamerkan kemahirannya dalam aksi menunggang basikal semasa pertandingan itu.
Seorang peserta mempamerkan kemahirannya dalam aksi menunggang basikal semasa pertandingan itu.

Hadiah-hadiah ditaja oleh Begawan Fixed Gear, Mc Donald’s Brunei, Fizzy Fire Apparel, Creative, Design Company, Awang Tumtum Cycles dan The Maza. Begawan Fixed Gear ditubuhkan pada 7 Jun 2014 dan kini mempunyai seramai 50 orang ahli. Kumpulan ini diterajui oleh Dayang Roslinda binti Haji Mawang sebagai pengasas kumpulan dan dipimpin oleh Awang Mohd Hassanal Arif.

Kumpulan ini menggalakkan golongan belia untuk terus aktif mengamalkan cara hidup sihat.

ARTIKEL YANG SAMA