Pergolakan udara alihkan penerbangan AS

Pergolakan udara alihkan penerbangan AS

TORONTO, 24 Jan – Sebuah pesawat American Air dilencongkan ke lapangan terbang di timur Kanada selepas mengalami pergolakan udara serius sehingga menyebabkan tujuh orang dibawa ke hospital, kata jurucakap syarikat itu.

Penerbangan dari Miami ke Milan dengan 203 penumpang dan anak kapal itu mendarat di Lapangan Terbang St. John, Newfoundland, kira-kira jam 8.30 malam (waktu tempatan) hari ini dan dibantu kenderaan kecemasan serta ambulans.

“Mereka mengalami beberapa pergolakan udara teruk mengakibatkan kecederaan penumpang, jadi mereka lencongkan pesawat itu (St. John),” kata jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa St. John, Sarah Norris.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa St. John, Sara Norris berkata: “Tiga anak kapal dan empat penumpang dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.”

Syarikat penerbangan itu berkata, lampu isyarat supaya memasang tali keledar bernyala ketika pesawat terbabit mengalami pergolakan udara. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA