Perhimpunan Aidilfitri ISB meriah

Perhimpunan Aidilfitri ISB meriah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Dengan hasrat untuk menggalakkan semangat perpaduan dan menghormati budaya pelbagai masyarakat, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) tidak ketinggalan mengadakan Perhimpunan Hari Raya Aidilfitri ISB yang berlangsung di Kampus baru ISB, Jalan Utama Salambigar, Kampung Sungai Hanching, hari ini.

Berkenan berangkat untuk sama-sama meraikan majlis berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Majlis diserikan dengan pelbagai acara persembahan bertemakan Hari Raya termasuk nyanyian, lakonan dan tarian.

pg01_150829_b

YTM Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel bersama pelajar-pelajar lain pada Perhimpunan Hari Raya Aidilfitri ISB kelmarin. – Gambar Achong Tanjung
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel bersama pelajar-pelajar lain pada Perhimpunan Hari Raya Aidilfitri ISB kelmarin. – Gambar Achong Tanjung
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel mengikuti salah satu acara persembahan di perhimpunan berkenaan. – Gambar Ihsan ISB
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel mengikuti salah satu acara persembahan di perhimpunan berkenaan. – Gambar Ihsan ISB

Acara berkenaan merupakan salah satu majlis perayaan bagi memberikan peluang kepada murid-murid untuk meraikan budaya masyarakat Brunei dan menghormati budaya pelbagai masyarakat yang menjadi salah satu mercu tanda bagi ISB.

Hadir sama untuk menyaksikan dan meraikan majlis berkenaan ialah ibu bapa, guru-guru dan kakitangan pengurusan ISB.

ARTIKEL YANG SAMA