Perhimpunan bekas peserta Kapal Belia di Kemboja

Perhimpunan bekas peserta Kapal Belia di Kemboja

Oleh Halen Thu

 

SERAMAI 14 orang bekas peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) Brunei dari Negara Brunei Darussalam telah menyertai Perhimbunan Agung Antarabangsa SSEAYP (SIGA) ke-28 yang berlangsung di Siem Reap, Kemboja baru-baru ini.

Perhimpunan yang diadakan pada hujung April hingga awal Mei itu adalah khusus bagi bekas peserta Kapal Belia Asia Tenggara. Ia merupakan acara tahunan yang diadakan secara bergilir di antara negara-negara ASEAN dan juga Jepun. Tema perhimpunan bagi tahun 2016 ialah Kerjasama SSEAYP ke Arah Mengujudkan Dunia yang Lebih Hijau. Para peserta SIGA telah berkumpul di Kemboja pada 29 April yang lalu.

Pelbagai jenis aktiviti

Pada 1 Mei, para peserta yang telah bangun awal berpeluang untuk menikmati pemandangan suasana matahari terbit di kawasan Angkor Wat. Kemudian para peserta juga berpeluang untuk mengayuh basikal sejauh 19.5 km mengelilingi kawasan Angkor Wat. Setelah berbasikal, para peserta turut mengikuti aktiviti menanam pokok di tebing Sungai Siem Reap. Selepas makan tengah hari, para peserta telah dibawa untuk melawat sekitar Angkor Wat, salah sebuah tapak destinasi Warisan Dunia yang sememangnya terkenal dalam kalangan para pelancong.

Para peserta dari Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Perpisahan berkenaan.
Para peserta dari Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Perpisahan berkenaan.
Aktiviti mengayuh basikal sejauh 19.5 km.
Aktiviti mengayuh basikal sejauh 19.5 km.

Angkor Wat ialah monumen agama terbesar di dunia dengan keluasan 162.6 hektar. Angkor Wat ialah simbol bagi Kemboja dan menjadi lambang di bendera negara tersebut.

Ia juga salah satu tempat paling menarik untuk dikunjungi jika berada di Kemboja. Perhimpunan agung seterusnya akan berlangsung pada tahun 2017 di Republik Filipina.

ARTIKEL YANG SAMA