Perhimpunan bekas warga RTB

Perhimpunan bekas warga RTB

Oleh Lyna Mohamad

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Lebih 100 orang ahli Kumpulan Ukhwah Mantan RTB, yang merangkumi bekas warga Radio Televisyen Brunei (RTB) yang telah bersara, berkongsi kegembiraan dan gelak ketawa mengingati semasa mereka bertugas di penyiar kebangsaan berkenaan dalam majlis perhimpunan Hari Raya yang berlangsung di Tarindak D’Seni, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman yang merupakan bekas Pengarah Penyiaran dan Maklumat dalam tahun 80an.

Setiausaha jawatankuasa penganjur, Haji Muhammad Taha bin Haji Mohd Tahir yang pernah memegang jawatan sebagai Pembantu Ketua Berita dan Program-Program TV serta Ketua Program TV Sukan, memberitahu bahawa acara berkenaan merupakan kali kelima diadakan dengan tujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dalam kalangan ahli-ahli kumpulan.

Gambar ramai Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin bersama lebih 100 orang ahli Kumpulan Ukhwah Mantan RTB termasuk warga RTB yang telah bersara di Tarindak D’Seni, kelmarin.
Gambar ramai Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin bersama lebih 100 orang ahli Kumpulan Ukhwah Mantan RTB termasuk warga RTB yang telah bersara di Tarindak D’Seni, kelmarin.

Menurut beliau, aktiviti-aktiviti sedemikian merupakan masa yang baik untuk mengenang masa-masa lalu sementara bertanya khabar dengan rakan-rakan yang telah tidak bertemu lebih 10 hingga 20 tahun. Ditanya mengenai perkembangan bidang penyiaran di sini, beliau berkata bahawa kini terdapat cabaran-cabaran sengit daripada luar seperti Astro dan program-program satelit, serta perlunya meningkatkan kreativiti, pengetahuan dan mencari kandungan baik untuk menarik kembali penonton tempatan.

“Ia tidak akan mudah. Mereka yang terlibat dalam industri penyiaran perlulah sangat aktif dan komited,” ujar beliau sambil menambah, penting bagi mereka untuk melihat dan perhatikan produksi tempatan kita yang boleh menarik minat penonton sama ada dari segi penggambaran, liputan dan rekaan serta penyampaian dan kandungan.

ARTIKEL YANG SAMA