Perhimpunan belia Vietnam akhiri lawatan Obama

Perhimpunan belia Vietnam akhiri lawatan Obama

BANDAR HO CHI MINH, 25 Mei – Barack Obama menerima soalan hari ini tentang segala-galanya dari penyanyi rap, merokok ganja hinggalah kepada penampilan kacaknya pada pertemuan langsung dengan anak-anak muda Vietnam, yang melihat pemimpin AS itu sebagai jauh sekali dari pemerintah Komunis mereka yang serius dan membosankan.

Presiden AS, pada pusingan terakhir lawatan tiga hari ke Vietnam sebelum terbang ke Jepun, telah mengadakan salah satu perhimpunan di dewan bandar dengan beratus-ratus anak-anak muda berkumpul di bandar komersial negara itu, Bandar Ho Chi Minh.

Presiden menerima tepuk sorak gemuruh apabila beliau naik ke pentas di negeri satu parti autoritarian itu yang mana politiknya sukar difahami dan suara-suara pendapat anak-anak muda jarang sekali diterima.

Seorang dari mereka menanyakan berita di internet mengenai Obama dikatakan merokok marijuana ketika beliau masih belia itu benar?. “Saya tidak tahu jika itu benar,” Obama segera berkata, dan seterusnya menutup isu itu dengan amaran “Jangan percaya segala-galanya yang kamu baca di Internet.”

Vietnam benar-benar terdedah kepada perubahan iklim dan perjuangan persekitaran telah menjadi tumpuan beberapa bantahan ke atas pihak berkuasa, terutamanya dikalangan anak-anak muda.

Obama (tengah), tiba di dewan bandar bagi acara Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara di Pusat GEM di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam kelmarin. – AP
Obama (tengah), tiba di dewan bandar bagi acara Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara di Pusat GEM di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam kelmarin. – AP

Obama berkata dia mengakui kebebasan negara-negara perindustrian barat telah mencemari bumi dari negara-negara sedang membangun, tetapi menggesa semua negara supaya bekerjasama untuk mencegah bencana.

“Masalahnya ialah, jika sesebuah negara seperti China atau Vietnam atau India mengambil laluan pembangunan sama seperti yang dilakukan oleh Barat, kita semua akan berada di bawah air,”. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA