Perhimpunan bertadarus belia senegara sempurna dilaksanakan

Perhimpunan bertadarus belia senegara sempurna dilaksanakan

Oleh Mohamad Asyramisyanie & Siti Nur Wasimah S.

Gambar Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Julai – Kira-kira 4,500 orang belia telah terlibat dalam Majlis Perhimpunan Bertadarus Al-Quran Belia Senegara 1436/2015, yang berlangsung di Jame’ Asr Hassanil Bolkiah Kiarong dan Masjid Omar Ali Saifuddien bagi belia perempuan, hari ini.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat ke majlis di Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, manakala Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis tadarus bagi belia perempuan.

Keberangkatan YTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik ke majlis bagi belia lelaki itu dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Majlis kelolaan Jabatan Belia dan Sukan bagi tahun ini, itu dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah pimpinan Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Pafuka Haji Mustafa Haji Murat yang juga membacakan doa Allah Peliharakan Sultan di akhir majlis berkenaan.

Bacaan Khatam Al-Quran dipimpin pentasmie-pentasmie dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITAQSHHB) sementara bacaan tahktim menyusuli acara majlis diikuti dengan Dikir Marhaban, yang dibacakan oleh Mahasiswa Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

YTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menerima junjung ziarah daripada para belia yang hadir di majlis tadarus di Jame’ Asr Hassanil Bolkiah Kiarong.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menerima junjung ziarah daripada para belia yang hadir di majlis tadarus di Jame’ Asr Hassanil Bolkiah Kiarong.

pg01_150703_a

pg04_150703_a

YTM PAP Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Bertadarus Al-Quran Belia Senegara di Masjid Omar Ali Saifuddien.
YTM PAP Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Bertadarus Al-Quran Belia Senegara di Masjid Omar Ali Saifuddien.

Sementara itu, di Masjid Omar Ali Saifuddien, keberangkatan tiba YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah telah dijunjung oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ketua Pentasmie dari ITAQSHHB, Dayang Hafizah Haziqah binti Haji Ariffin dan diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dikepalai oleh pentasmie-pentasmie dari ITAQSHHB.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan tahtim dan Dikir Marhaban oleh kumpulan belia dan diakhiri dengan bacaan doa Allah Peliharakan Sultan oleh Dayangku Zuhairah Amanina binti Pengiran Mohd Zul Hasymi dari ITAQSHHB.

Majlis ini merupakan perhimpunan yang keempat bersempena bulan Ramadan yang mubarak, melibatkan kira-kira 3,000 peserta lelaki dan 1,500 peserta perempuan dari agensi-agensi kerajaan, persatuan belia, penuntut dan orang-orang perseorangan.

pg04_150703_e

pg04_150703_d

Kalangan belia yang menghadiri Majlis Perhimpunan Bertadarus Al-Quran Belia Senegara yang berlangsung di Jame’ Asr Hassanil Bolkiah Kiarong dan Masjid Omar Ali Saifuddien, kelmarin.
Kalangan belia yang menghadiri Majlis Perhimpunan Bertadarus Al-Quran Belia Senegara yang berlangsung di Jame’ Asr Hassanil Bolkiah Kiarong dan Masjid Omar Ali Saifuddien, kelmarin.

pg04_150703_f

Menurut kenyataan penganjur, antara tujuan majlis adalah untuk meningkatkan kefahaman belia akan kepentingan membaca dan menghayati Al-Quran sebagai panduan hidup dan sekali gus mempertingkatkan serta memperkukuhkan persefahaman dan kerjasama antara semua pihak terlibat.

Ia juga menjadi program keagamaan tahunan bagi menyemarakkan bulan Ramadan dengan pengisian yang bermanfaat terutamanya pembacaan Al-Quran di samping menjadi platform galakan penglibatan belia kepada aktiviti keagamaan.

Majlis bagi belia lelaki turut dihadiri menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap serta para pegawai kanan kerajaan yang lain, manakala majlis bagi belia perempuan turut dihadiri oleh isteri-isteri menteri, setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap.

ARTIKEL YANG SAMA