Perhimpunan jalin persahabatan

Perhimpunan jalin persahabatan

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Kelab Motohead Brunei Darussalam berada di Kuala Lumpur selama dua hari bermula 18-20 Disember lalu bagi menghadiri perhimpunan Bikeweek 2015 Kuala Lumpur di Eddie Red Garage.

Dalam perhimpunan itu, ahli kelab turut menyertai pameran motosikal dan peralatan motosikal serta bertukar-tukar momento atau logo bersama beberapa buah kelab.

Perhimpunan bertujuan menjalinkan persahabatan dan silaturahim serta memahami budaya motosikal antara kelab-kelab yang menyertainya.

Ahli kelab Motohead turut menghadiri konsert kumpulan terkenal Malaysia, Wings sempena ulang tahun ke-30 penubuhan kumpulan rock itu di Johor Baharu.

Ahli-ahli Kelab Motohead Brunei Darussalam bergambar ramai semasa menghadiri perhimpunan Bikeweek 2015 Kuala Lumpur.
Ahli-ahli Kelab Motohead Brunei Darussalam bergambar ramai semasa menghadiri perhimpunan Bikeweek 2015 Kuala Lumpur.

ARTIKEL YANG SAMA