Perhimpunan keluarga besar Ban’amah

Perhimpunan keluarga besar Ban’amah

WARIS keluarga Ban’amah baru-baru ini mengadakan perhimpunan besar bersama sanak saudara mereka dari sini, Singapura dan Malaysia di Dewan Sekolah Rendah PGGMB, Sungai Akar.

Perhimpunan bertujuan mengukuhkan hubungan persaudaraan antara ahli keluarga Ban’amah terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Perhimpunan yang diadakan setiap dua tahun sekali itu mengikut giliran negara, turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan lawatan ke ladang ternakan Ban’amah di Mukim Labi diikuti lawatan ke sekitar Seria dan Kuala Belait.

p10-4_20151209

ARTIKEL YANG SAMA