Perhimpunan keluarga besar eratkan hubungan

Perhimpunan keluarga besar eratkan hubungan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Majlis rumah terbuka sudah menjadi budaya di negara ini setiap kali bulan Syawal, bagi menjemput sanak saudara dan rakan taulan.

Bagi keluarga besar, majlis rumah terbuka menjadi acara perhimpunan besar dengan suasana riuh dipenuhi gelak ketawa, dan inilah yang dapat dilihat pada majlis rumah terbuka keluarga keturunan Pengiran Haji Mustapha bin Pengiran Abdul Rahman dan Hajah Noralam Hidup binti Sanuddin.

Lebih 500 orang menghadiri majlis yang berlangsung di Dewan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas.

Sesi bergambar ramai bersama kesemua lima buah ahli keluarga keturunan Pengiran Haji Mustapha dan Dayang Hajah Noralam.
Sesi bergambar ramai bersama kesemua lima buah ahli keluarga keturunan Pengiran Haji Mustapha dan Dayang Hajah Noralam.

Majlis bertujuan sebagai tempat perkumpulan ahli-ahli keluarga untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara mereka terutama anak muda yang belum mengetahui akan aliran keturunan mereka.

Dalam majlis itu, ia diserikan dengan perkenalan sejarah-sejarah keluarga, persembahan seni silat dan nyanyian pentas Hari Raya Aidilfitri.

ARTIKEL YANG SAMA