Perhimpunan keluarga besar eratkan silaturahim

Perhimpunan keluarga besar eratkan silaturahim

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Keluarga besar Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Besar dan Dayang Apsah binti Ahmad petang tadi telah mengadakan Majlis Membaca Doa Kesyukuran bagi Pengiran Hajah Kamariah binti Pengiran Ismail yang telah diadakan di Restoran Harini Cafe, Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas.

Hadir di majlis tersebut ialah Pengiran Hajah Kamariah dan keluarga besarnya yang berasal dari Kampung Batu Marang, Daerah Brunei dan Muara.

Menurut salah seorang anak buahnya iaitu Dayangku Hajah Meriam binti Pengiran Haji Puan selaku Setiausaha Bersama Majlis menyatakan rasa syukur kerana dapat menghimpunkan pertemuan keluarga yang pertama kali diungkayahkan dan ia menampakan hasil yang positif terhadap pertemuan yang penuh bersejarah buat keluarga besar itu.

Suasana semasa majlis berkenaan dijalankan.
Suasana semasa majlis berkenaan dijalankan.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengiran Hajah Kamariah yang dikenali dengan nama panggilannya “Buiring” atas kesudian hadir selaku tetamu kehormat dan juga kepada para kaum keluarga yang berkesudian hadir dan sama-sama meraikan majlis dengan sempurna dan jayanya. Beliau berharap majlis-majlis seumpama ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

Antara aturcara majlis ialah persembahan dikir, kemudian disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Imam Masjid Sungai Buloh, Pengiran Haji Mohd Lizam bin Pengiran Haji Merali Majlis diteruskan dengan pemotongan kek oleh Pengiran Hajah Kamariah.

Majlis turut dimeriahkan dengan sesi bergambar ramai dan cabutan bertuah.

ARTIKEL YANG SAMA