Perhimpunan Khas Wanita Sabtu ini

Perhimpunan Khas Wanita Sabtu ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi tahun 1437 Hijrah akan berlangsung pada 6 Rabiulakhir 1437H bersamaan 16 Januari 2016 bermula 9 pagi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), dalam kenyataannya memaklumkan majlis berkenaan akan diisikan dengan ceramah khas oleh Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Hajah Sarinah binti Haji Yahya.

Pengisian ceramah tersebut adalah sejajar dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘Menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W’.

Majlis perhimpunan khas wanita pada tahun ini dikendalikan oleh KHEU dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

ARTIKEL YANG SAMA