Perhimpunan Maulidur Rasul kukuhkan perpaduan ummah

Perhimpunan Maulidur Rasul kukuhkan perpaduan ummah

Oleh Normazlina M.D, Anwar Rosly, Ampuan Irma Susanti

Gambar oleh Azaraimy, Anwar Rosly, Ampuan Irma Susanti

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Dis – Umat Islam di seluruh dunia, hari ini, meraikan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan perhimpunan dan perarakan besar-besaran, tidak ketinggalan di Negara Brunei Darussalam dengan tema sambutan tahun ini ‘Menghayati Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam’.

Selain perhimpunan dan perarakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat, majlis seumpamanya juga diadakan di Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

Di Daerah Belait, majlis berlangsung di Padang Bandaran, Kuala Belait yang disertai oleh lebih 3,590 orang peserta lelaki daripada 46 buah pasukan yang terdiri daripada pasukan beruniform, murid dan pelajar sekolah agama, arab, menengah, maktab, institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta, kakitangan jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat swasta, masjid, surau, balai ibadat, majlis-majlis perundingan mukim dan kampung, serta persatuan di Daerah Belait.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud.

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran disampaikan oleh Pegawai Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin.
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran disampaikan oleh Pegawai Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin.
Perarakan Sambutan Maulud Nabi di Daerah Belait.
Perarakan Sambutan Maulud Nabi di Daerah Belait.

Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad juga selaku Ketua Kampung Lumut I, dan Yang Berhormat Haji Mohd Yusof bin Haji Dulamin selaku Ketua Kampung Mumong, Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman, ketua-ketua jabatan cawangan Daerah Belait, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, pengurus dan wakil pengurus syarikat-syarikat swasta, persatuan serta peserta-peserta perarakan.

Perarakan bermula dari Jalan Sultan dan melalui Jalan Maulana, Jalan Panglima, Jalan Bunga Raya, Jalan Dato Shahbandar dan berakhir di Jalan Sultan.

Di Daerah Tutong pula, seramai 4,787 orang daripada 40 pasukan menyertai perhimpunan dan perarakan yang berlangsung di Padang Sekolah Rendah Muda Hashim.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

Timbalan Menteri Pertahanan menyampaikan sijil penyertaan pada majlis perarakan di Daerah Tutong.
Timbalan Menteri Pertahanan menyampaikan sijil penyertaan pada majlis perarakan di Daerah Tutong.
Perarakan didahului oleh Timbalan Menteri Pertahanan berserta para ahli Jawatankuasa Sambutan Maulud Nabi bagi Daerah Tutong.
Perarakan didahului oleh Timbalan Menteri Pertahanan berserta para ahli Jawatankuasa Sambutan Maulud Nabi bagi Daerah Tutong.
Perarakan Sambutan Maulud Nabi di Daerah Tutong.
Perarakan Sambutan Maulud Nabi di Daerah Tutong.

Pasukan-pasukan yang menyertai perarakan sejauh 2.7 km mengelilingi Pekan Tutong itu terdiri daripada para pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan cawangan Daerah Tutong, anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Tutong Kem dan Penanjong Kem, Pasukan Daerah Polis Tutong, Pasukan Bomba dan Penyelamat, penduduk mukim dan kampung di Daerah Tutong, jemaah masjid, ahli-ahli persatuan, para penuntut dan murid sekolah serta pihak swasta di Daerah Tutong.

Sementara itu, acara di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Dearah Temburong telah menyaksikan penyertaan seramai 1,350 orang daripada 25 pasukan mewakili jabatan-jabatan kerajaan, penduduk mukim dan kampung, sekolah-sekolah, pasukan beruniform dan persatuan-persatuan di daerah berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan diperkenalkan kepada pasukan-pasukan yang menyertai perarakan di Daerah Temburong.
Timbalan Menteri Pendidikan diperkenalkan kepada pasukan-pasukan yang menyertai perarakan di Daerah Temburong.
Timbalan Menteri Pendidikan semasa menyertai perarakan di Daerah Temburong.
Timbalan Menteri Pendidikan semasa menyertai perarakan di Daerah Temburong.
Perarakan Sambutan Maulud Nabi di Daerah Temburong.
Perarakan Sambutan Maulud Nabi di Daerah Temburong.
Antara pasukan beruniform yang menyertai perarakan di Daerah Temburong.
Antara pasukan beruniform yang menyertai perarakan di Daerah Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Pegawai Daerah Temburong, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah, ahli-ahli jawatankuasa sambutan Maulud Nabi peringkat Daerah Temburong, para pegawai kanan kerajaan, penghulu mukim dan ketua-ketua kampung.

Tahun ini perarakan bermula dari padang berkenaan melalui jalan utama menuju ke Pekan Bangar Lama dan mengelilingi kedai Pekan Bangar seterusnya berpatah balik ke padang perhimpunan.

Bagi Daerah Temburong, tampil johan keseluruhan pertandingan Maulud tahun ini ialah Pasukan Takmir Masjid Pengiran Haji Abu Bakar Kampong Bokok diikuti oleh Pasukan Majlis Perundingan Kampung dan Takmir Masjid RPN Kampung Rataie selaku naib johan dan Pasukan Sekolah Menengah Sultan Hassan di tempat ketiga.

Majlis-majlis sambutan di ketiga-tiga daerah ini telah diserikan dengan laungan Dikir Marhaban dan salawat di samping persembahan keagamaan lain.

ARTIKEL YANG SAMA