Perhimpunan pro-Erdogan di Jerman tegang

Perhimpunan pro-Erdogan di Jerman tegang

COLOGNE, Jerman, 31 Julai – Puluhan ribu para penyokong Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah merancang perhimpunan di Bandar Cologne, Jerman, hari ini, ketika ketegangan memuncak berhubung rampasan kuasa gagal Turki yang meletakkan pihak berkuasa berjaga-jaga.

Sejak percubaan rampasan kuasa tentera pada 15 Julai, kerajaan Erdogan telah melancarkan tindakan keras ke atas mereka yang dipercayai berkaitan dengan pemberontakan kilat yang menyaksikan penahanan hampir 19,000 orang, mencetuskan kebimbangan antarabangsa.

Erdogan pada Sabtu memberi isyarat yang merancang untuk memperkukuhkan cengkamannya menerusi perubahan perlembagaan yang akan membawa agensi perisikan Turki dan ketua turus tentera langsung di bawah kawalannya.

Persengketaan politik di Turki juga telah memberi kesan di Jerman, yang menempatkan diaspora terbesar rakyat Turki.

Menurut polis, kira-kira 30,000 orang dijangka akan mengadakan perhimpunan di jalan-jalan bermula jam 1300 GMT yang diseru oleh kumpulan pro-Erdogan: Kesatuan Demokrat Eropah-Turki (UETD).

Para penyokong Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menghadiri perhimpunan pada 31 Julai di Cologne. – AFP
Para penyokong Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menghadiri perhimpunan pada 31 Julai di Cologne. – AFP

Negeri North Rhine-Westphalia, tempat Cologne terletak, merupakan rumah kepada komuniti Turki yang bilangannya kira-kira satu pertiga daripada tiga juta penduduk Jerman.

Pada masa yang sama, beberapa pencegah perhimpunan dijangka akan berlaku, termasuk satu yang digelar ‘Henti Erdogan’ dan yang lain digelar sebagai aktivis berhaluan jauh, membangkitkan kebimbangan tunjuk perasaan boleh mencetuskan pertikaian.

Perkhidmatan keselamatan di Jerman akan sedaya upaya menghindarkan sebarang keganasan yang berlaku antara kem-kem berlainan, dengan kira-kira 2,700 pegawai – termasuk beberapa speaker Turki – dikerahkan untuk mengekalkan keamanan.

Ketua polis Cologne, Juergen Mathies memberi amaran: “Perkara yang saya tekankan adalah kami akan masuk campur terhadap mana-mana keganasan dengan tindakan segera, tegas dan ketat.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA