Perhimpunan satukan keluarga

Perhimpunan satukan keluarga

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Musim cuti sekolah hujung tahun ini juga merupakan peluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga dengan mengadakan perhimpunan seperti yang dilakukan oleh keluarga besar Haji Ahmad bin Ismail dan Hajah Zaleha binti Mat Serudin.

Majlis malam gala keluarga PHA yang berlangsung di Hotel Park View, Jerudong telah dihadiri oleh anak-anak dan menantu pasangan berkenaan meskipun sebahagiannya mempunyai komitmen pekerjaan dalam dan luar negara. Ketika ditemui, jurucakap keluarga berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Boy berkata, antara tujuan majlis adalah untuk mengeratkan talian kekeluargaan terutama dalam kalangan generasi muda untuk mengenali ahli keluarga yang lain termasuk daripada pangkat datuk dan nenek sehingga ke bapa peranakan dan sepupu yang jarang ditemui.

“Selain itu, majlis ini juga sebagai penghargaan kepada seluruh ahli keluarga setelah setahun memerah keringat dan bekerja keras baik dalam pelajaran ataupun pekerjaan dan perniagaan masing-masing,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu bahawa sebelum ini banyak aktiviti telah dijayakan oleh keluarga PHA termasuk berkelah, pertandingan futsal keluarga, acara telematch (sukan ria), melancong keluar negara dan acara lazim seperti tahlil setiap malam Jumaat, cabutan bertuah, persembahan nyanyian dan nasyid oleh ahli-ahli keluarga PHA.

Bergambar ramai bersama antara yang hadir pada perhimpunan keluarga tersebut.
Bergambar ramai bersama antara yang hadir pada perhimpunan keluarga tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA