Perhimpunan semula bekas pelajar SMMMHT

Perhimpunan semula bekas pelajar SMMMHT

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 31 Mei – Jawatankuasa Tertinggi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Melayu Muda Hashim, Tutong (SMMMHT), hari ini, telah menganjurkan Majlis Membaca Yasin, Doa Arwah dan Doa Kesyukuran pada majlis perhimpunan semula yang diadakan di Suria Katering, Kampung Panchor Papan, Tutong baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan membaca Surah Yasin, Doa Arwah dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Haji Ibrahim bin Haji Dollah dan seterusnya, bergambar ramai sesama ahli sebagai kenangan.

Menurut penganjur, antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim, mengimarahkan lagi bulan Sya’aban, serta memperingati bekas-bekas pelajar dan guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah serta mengenangkan jasa-jasa mereka.

Majlis perjumpaan kembali bekas-bekas pelajar SMMMHT tahun 1971 hingga 1979 ini telah mengumpulkan beberapa orang bekas pelajar yang sudahpun mempunyai kehidupan masing-masing dan tinggal di lain daerah. Beberapa orang bekas pelajar juga sudahpun pencen dan mempunyai perusahaan sendiri, dan ada yang masih bekerja.

Gambar ramai pada majlis perhimpunan semula SMMMHT di Suria Katering, Kampong Panchor Papan, Tutong.
Gambar ramai pada majlis perhimpunan semula SMMMHT di Suria Katering, Kampong Panchor Papan, Tutong.

Jawatankuasa Tertinggi Bekas Pelajar SMMMHT mula ditubuhkan pada 3 Mei 2015 lalu dengan hanya mempunyai beberapa orang ahli dan kini telah mempunyai lebih daripada 165 orang ahli.

ARTIKEL YANG SAMA