Perhubungan k...

Perhubungan kabel baru merangsang ekonomi Brunei

Oleh Danial Norjidi

 

PERHUBUNGAN dalam satu rangkaian kabel baru antarabangsa baru-baru ini telah mencapai persekitaran pantai Brunei yang mana bertujuan untuk menjana pembangunan terutama dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan juga menguatkan usaha negara untuk menjadi hab komunikasi serantau.

Rangkaian perhubungan itu menghubungkan Pulau Labuan ke Brunei Darussalam, sejauh 51,795 kilometer melalui kabel dasar laut (Fibre Optic Cable) dan perhubungan kabel ini merupakan kabel keempat ke Negara Brunei Darussalam. Kabel ini akan meliputi kawasan pendaratan di Kiamsam, Labuan (Wilayah Persekutuan) dan Tungku (Brunei Darussalam).

Brunei International Gateway Sdn Bhd (BIG) telah mengadakan satu majlis pada 17 Januari yang lalu untuk menandakan pendaratan rasmi perhubungan Kabel Labuan-Brunei di Brunei Darussalam yang telah menyaksikan kehadiran, Timbalan Setiausaha Tetap (Pelaburan) di Kementerian Kewangan, Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid sebagai tetamu kehormat pada majlis perasmian tersebut.

Tetamu kehormat, Haji Khairuddin turut menyaksikan dan mengambil bahagian dalam upacara ‘Menarik’ kabel dasar laut antarabangsa keempat ke Negara Brunei Darussalam.

Dalam upacara majlis perasmian itu, Ketua Pegawai Eksekutif BIG, Stephen Stretch, berkata bahawa tiga pertama operasi sistem kabel antarabangsa yang telah berada di Brunei Darussalam merupakan kabel daripada Asia America Gateway (AAG), The South East Asia Japan Cable (SJC) dan Southeast Asia Middle East Western Europe 3 ( Sea-Me-We-3 Cable System – SMW3).

“Dengan perhubungan kabel antara Labuan dan Brunei akan menjadi kabel antarabangsa keempat ke Brunei Darussalam, ini akan meningkatkan lagi sumbangan BIG ke arah memperkasakan lagi Wawasan 2035 untuk negara ini menjadi sebuah hab komunikasi untuk Borneo sekali gus untuk membantu dan meningkatkan lagi pembangunan ICT Negara Brunei Darussalam,” tambahnya.

Dalam majlis tersebut, Common Tower Technology Sdn Bhd (CTTSB), salah sebuah daripada syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia yang terbesar dari Sabah dan pemilik LBC yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Mahadi Harris bin Datuk Haji Murshidi, Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Suhaimi bin Haji Hussain dan Pengarah CTTSB, Dr Haji Minggu bin Haji Jumaan turut hadir dalam perasmian itu.

Pintu masuk di Pulau Borneo

Sistem Kabel Labuan-Brunei (LBC) telah memenuhi keperluan trafik Sabah untuk kapasti antarabangsa melalui Brunei Darussalam dan ketika ini telah wujud sebagai satu-satunya pintu masuk di Pulau Borneo dengan sistem kabel dasar laut antarabangsa iaitu AAG, SJC dan SMW3.

Pihak LBC akan memberikan kesan yang positif khususnya kepada sektor telekomunikasi serta ekonomi kedua-dua buah negara iaitu Malaysia Timur dan Brunei Darussalam. Kesan itu turut disokong dengan peningkatan kapasiti domestik dan antarabangsa, laluan alternatif malah harga yang lebih rendah. Perkara ini juga membolehkan khususnya Malaysia Timur untuk meningkatkan tele-ketumpatan (Tele-Density), kapasiti dan perhubungan sambungan jalur lebar (Broadband Connectivity).

Pada masa yang sama, ia akan mewujudkan peluang lagi untuk menarik pelaburan asing ke kedua-dua buah negara di samping memudahkan pertumbuhan dalam sektor awam dan swasta tempatan dan syarikat-syarikat. Persetujuan perhubungan kabel itu telah ditandatangani antara BIG dan CTTSB pada bulan Mei tahun lepas.

BIG

BIG ialah sebuah syarikat usahasama antara Brooketon Sdn Bhd dan penyelia telekomunikasi Telekom Brunei Berhad (TelBru) dan DST International (B) Sdn Bhd. Sejak penubuhannya pada tahun 2009, BIG telah menguruskan pelaburan dan operasi telekomunikasi di negara ini melalui dua sistem kabel dasar laut.

Kabel pertama adalah AAG, sistem 20,000km lebar jalur tinggi dasar laut (Fibre Optic Cable System) yang menghubungkan Asia Tenggara dengan Amerika Syarikat melalui Hawaii dan juga Guam. Kemudian disalurkan kepada beberapa haluan seperti Brunei Darussalam, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Vietnam, Filipina dan juga Thailand.

BIG juga merupakan sebahagian daripada konsortium yang memiliki dan mengendalikan The South East Asia Japan Cable (SJC), yang mana merupakan satu sistem kabel dasar laitu yang telah dirasmikan pada tahun 2013.

Kabel yang berukuran sejauh 8986km, SJC dengan stesen pendaratan di Negara Brunei Darussalam, Filipina, Singapura, Jepun, China dan Hong Kong terdiri daripada enam pasangan gentian dan telah dinaik taraf pada bulan November 2015 dengan teknologi DWDM 100G baru untuk meningkatkan lagi kapasitinya kepada 31.6 Tbps.

CTTSB adalah salah satu pemilik menara bebas terbesar dan pengendali di Malaysia serta merupakan salah satu pembekal terbesar di negara ini melalui perkhidmatan pembangunan laman professional kepada syarikat-syarikat dalam industri telekomunikasi.

Syarikat itu memiliki, mengendalikan dan menguruskan sekitar 246 infrastruktur komunikasi (menara) tapak di Sabah susulan pelantikannya sebagai ‘State Backed Company’ untuk melaksanakan projek TIME2 di Sabah sejak tahun 2005.

LBC melihat CTTSB berpotensi untuk lebih jauh melalui perniagaan infrastruktur menara dan kini telah berjaya mengembangkan keupayaan, menceburi kabel dasar laut, rangkaian gentian optik, satelit dan data-pusat. Ia adalah syarikat teknologi terkemuka di Sabah terlebih dahulu membawa perkembangan dengan visi untuk memberikan penumpuan dan inovasi.