Perhubungan udara BIMP-EAGA mantap

Perhubungan udara BIMP-EAGA mantap

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat telah mengetuai delegasi Brunei Darussalam ke Mesyuarat Men-teri-menteri Pengangkutan (TMM) BIMP-EAGA ke-10 yang berlangsung di Puerto Princesa City, Palawan, Republik Filipina, hari ini.

Dalam ucapan alu-aluannya selaku pengerusi TMM yang akan tamat tempoh jawatan yang disandang sejak November 2014, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa melahirkan rasa gembira dengan pencapaian-pencapaian besar yang telah dibuat oleh Kluster Pengangkutan dan kumpulan-kumpulan kerja yang berkaitan menerusi pelaksanaan pelbagai projek pengangkutan dan ke-salinghubungan secara dua hala dan dalam rangka kerja BIMP-EAGA. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Setiausaha Rendah Jabatan Pengangkutan dan Perhubungan, Republik Filipina bagi mewakili pengerusi baru.

Menurut kenyataan yang di-keluarkan di sini, pencapaian utama dalam mesyuarat itu ialah penyelesaian protokol draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai Pengembangan Hubungan Udara.

Di bawah protokol ini, syarikat-syarikat penerbangan tertentu dari BIMP-EAGA, antara lain akan dibenarkan untuk beroperasi ke tempat lebih banyak dalam sub rantau ini.

Syarikat-syarikat penerba-ngan berkenaan juga akan dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan perkongsian terminal ke tempat-tempat tertentu di luar BIMP-EAGA.

Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa bersama Menteri-menteri Pengangkutan BIMP-EAGA.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa bersama Menteri-menteri Pengangkutan BIMP-EAGA.

Pencapaian lain yang dicatat dalam TMM ke-10 ini termasuk penubuhan perkhidmatan pe-ngangkutan baru dan tambahan perkhidmatan RoRo yang bero-perasi di laluan antara Muara dan Labuan.

Inisiatif-inisiatif penting lain yang diselesaikan tidak lama lagi ialah Buku Kecil Maklumat Pelabuhan-pelabuhan BIMP-EAGA (Fasa 1), MoU me-ngenai Kapal Bersaiz Bukan Konvensional dan usaha-usaha untuk memuktamadkan Buku Kecil Maklumat Perjalanan Menggunakan Bas BIMP-EAGA, perkembangan akhir Buku Log Pemandu BIMP-EAGA, mewujudkan skim permit bersama, liputan insurans kenderaan pihak ketiga bagi bas-bas dan trak yang beroperasi di bawah MoU sub rantau dan kemungkinan pelaksanaan konsep Authorised Economic Operator (AEO).

Selain itu, Rangka Kerja Strategik Penggal Pertengahan Pasca 2016 (2017-2025) BIMP-EAGA turut dibincangkan.

Kerjasama strategik ini bertujuan untuk mengembangkan integrasi di sub rantau dan dipertingkatkan dengan pilihan, ketelusan dan tumpuan lebih meluas dalam pemilihan inisia-tif-inisiatif keutamaan.

ARTIKEL YANG SAMA