Perindustrian...

Perindustrian Kemboja masih kukuh

PHNOM PENH, 6 Jan – Sebanyak 141 kilang pakaian dan kasut di Kemboja ditutup tahun lepas ketika 149 kilang baru dibuka, menurut laporan Kementerian Buruh hari ini.

Jurucakap Kementerian Buruh Heng Sour berkata berdasarkan angka-angka tersebut, perindustrian pakaian dan kasut masih mengekalkan tanda-tanda positif.

“Bilangan kilang-kilang ditutup dan bilangan kilang-kilang baru dibuka pada 2016 boleh dibandingkan, jadi saya fikir bahawa keadaan sektor pakaian dan kasut itu masih kukuh dan terkawal,” katanya kepada Xinhua.

Industri pakaian dan kasut, yang merupakan sumber pendapatan mata wang asing terbesar di negara itu, terdiri daripada sekitar 1,000 kilang menggaji 754,000 pekerja.

Kementerian Perindustrian dan Kraftangan menganggarkan bahawa negara Asia Tenggara mengeksport produk pakaian dan kasut bernilai AS$6.9 bilion dolar pada 2016, peningkatan sebanyak 4.5 peratus tahun ke tahun. – Xinhua