Peringatan menjelang Ramah Mesra Kuala Belait

Peringatan menjelang Ramah Mesra Kuala Belait

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Sebagai persiapan bagi acara Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 di Daerah Belait, pada 22 Ogos ini, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu lintas Cawangan Belait bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan lalu lintas di sekitar jalan-jalan utama di kawasan Padang Belait bagi memastikan keadaan lalu lintas di kawasan tersebut tidak mengalami kesesakan jalan raya.

Pengguna-pengguna jalan raya juga diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan juga arahan yang diberi oleh anggota-anggota polis yang bertugas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei di sini hari ini, pasukan polis akan membuat penapisan kenderaan di beberapa batang jalan sebelum keberangkatan Baginda Sultan bermula jam 7 pagi iaitu bagi kenderaan yang melalui Jalan Maulana / Simpang Jalan McKerron; Jalan Bendahara untuk menuju Jalan Sultan; Jalan Padang persimpangan empat Jalan Sultan; Jalan Dato Shahbandar untuk memasuki Jalan Sultan dan Jalan Maulana dari STL.

Kenderaan yang mempunyai pas sahaja dibenarkan memasuki kawasan-kawasan penapisan.

Zon-zon letak kereta jemputan khas & kenderaan yang mempunyai pas letak kereta ialah; VIP dan Jemputan Khas – Kawasan letak kereta belakang Pentas Diraja; Parking A – Letak Kereta Basement Bangunan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan, Jalan Padang, Kuala Belait; Parking B – Letak Kereta Berhampiran Kantin Bangunan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Jalan Padang, Kuala Belait; Parking C – Letak Kereta Hadapan Bangunan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan, Jalan Padang Kuala Belait; Parking D – Letak Kereta Bangunan Jabatan Daerah Belait, Jalan McKerron, Kuala Belait (Bagi Ahli Jawatankuasa sahaja); Parking E – Letak Kerata Jabatan Bandaran Kuala Belait & Seria, Jalan McKerron, Kuala Belait; Parking Awam – Zon Letak kereta Kawasan Tanah Lapang berhampiran Jalan Dato Shahbandar; Zon Letak Kereta Bas – Sepanjang Jalan McKerron.

Zon-zon letak kereta berkenaan akan bermula dari jam 6.00 petang sehingga acara selesai pada keesokan harinya. Hanya kenderaan tertentu sahaja dibenarkan meletakkan kenderaan di kawasan-kawasan yang telah dinyatakan.

Mana-mana kenderaan yang diletakkan di kawasan berkenaan akan dipindahkan dan diletakkan di kawasan Balai Polis Kuala Belait.

Laluan Alternatif menuju ke Padang Bandaran dan zon-zon letak kereta dan letak kereta awam adalah dari Simpang Jalan Maulana masuk ke Jalan Panglima; sepanjang Jalan Panglima memasuki Jalan Bunga Raya dan Jalan McKerron dari Jalan Bunga Raya.

ARTIKEL YANG SAMA