Peringati 40 tahun kejatuhan Saigon

Peringati 40 tahun kejatuhan Saigon

BANDAR HO CHI MINH, 30 April – Vietnam menyambut ulang tahun ke-40 kejatuhan Saigon hari ini dengan perarakan tentera besar-besaran merai saat-saat tentera komunis menamatkan konflik berdekad-dekad lamanya dan memberikan tamparan hebat kepada moral dan prestij tentera Amerika.

Pusat perniagaan yang biasanya sibuk di selatan Vietnam ditutup supaya rejimen tentera dalam pakaian seragam boleh berarak dalam perbarisan lintas hormat di depan semua pemimpin ketika band perarakan bermain.

Kereta berhias, termasuk satu yang mempunyai potret besar presiden pengasas Ho Chi Minh, memasuki perlahan-lahan menerusi jalan raya di bandar, merai saat 40 tahun lalu apabila kereta kebal merempuh pagar Istana Presiden di selatan ibu negara Saigon – kini bernama Bandar Ho Chi Minh.

“Kemenangan pada 30 April merupakan titik perubahan emas untuk rakyat Vietnam,” beritahu Leftenan Jeneral Tentera Nguyen Quoc Khanh kepada orang ramai pada acara itu, yang sedang disiar secara langsung di seluruh negara.

Kemenangan merupakan simbol kemerdekaan negara, kata beliau, menambah tentera “bersedia berkorban” apa sahaja untuk mempertahannya.

Anggota polis berarak semasa perbarisan memperingati ulang tahun ke-40 kejatuhan Saigon (nama lama Ho Chi Minh City), 30 April. –AFP
Anggota polis berarak semasa perbarisan memperingati ulang tahun ke-40 kejatuhan Saigon (nama lama Ho Chi Minh City), 30 April. –AFP

Pemenang Utara menyatukan semula negara di bawah kerajaan komunis selepas satu perang yang memisah kebanyakan Vietnam, membunuh berjuta-juta penduduknya serta 58,000 askar Amerika.

Konflik itu juga memecahbelahkan AS dan masih menghantui negara itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA