Peringkat IV Jelajah Perancis berjalan lancar

Peringkat IV Jelajah Perancis berjalan lancar

CAMBRAI, Perancis, 8 Julai (AFP) – Ketakutan penunggang tentang keselamatan dibuktikan salah selepas peloton terselamat dalam peringkat keempat laluan Jelajah Perancis (LTdF) tanpa kehilangan lebih banyak anggota.

Tujuh penunggang gagal untuk melaporkan diri ke garis permulaan dalam peringkat keempat 223.5km dari Seraing di Belgium ke Cambrai dengan tujuh sektor berbatu sepanjang 13.3km, selepas kemalangan pada peringkat ketiga Isnin lalu.

Fabian Cancellara, yang bermula Isnin lalu dengan jersi kuning, mengalami keretakan tulang belakang belakang, Daryl Impey dari Afrika Selatan patah tulang selangka dan Tom Dumooulin dari Belanda terseliuh bahu.

Bagi mereka yang memulakan peringkat semalam, sebahagiannya termasuk Michael Matthews dari Australia pasti akan mara ke garisan penyudah.

“Ia begitu sukar (Isnin). Saya berada dalam ambulans dan mereka berkata saya mungkin patah rusuk,” kata Matthews sebelum peringkat bermula semalam. “Hanya selepas sinaran-X kami mengetahui kecederaan itu. Saya mengalami lebam tulang rusuk.”

Ia tidak bermakna Matthews boleh bertenang. “Sepanjang malam (Isnin), saya sukar untuk bernafas. Ia tidak begitu bagus. Saya rasa cemas, saya tidak dapat bernafas dan ia menakutkan,” katanya.

Perdebatan itu meningkat dari akhir peringkat Isnin lalu – yang mengharungi sebahagian laluan Fleche Wallonne untuk klasik sehari – mengenai cuaca atau laluan Jelajah yang terlalu sukar.

Pelanggaran pada peringkat ketiga Isnin lalu berlaku di jalan lurus berpunca daripada sebahagian keletihan dan kekurangan konsentrasi William Bonnet dari Perancis yang jatuh mengakibatkan sekitar 20 penunggang terjejas.

Dia adalah salah seorang daripada tujuh penunggang yang terpaksa meninggalkan perlumbaan.

ARTIKEL YANG SAMA