Perintah Akta Syarikat (Pindaan 2016) mula berkuatkuasa

Perintah Akta Syarikat (Pindaan 2016) mula berkuatkuasa

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Perintah Akta Syarikat (Pindaan) 2016 dan pengenalan Peraturan Syarikat-Syarikat (Urustadbir Korporat) (Syarikat Berhad), 2016 yang berkuat kuasa mulai hari ini.

Perintah dan peraturan tersebut mengandungi pindaan-pindaan yang akan meningkatkan lagi perlindungan hak kepentingan bagi pemegang-pemegang saham minoriti di dalam sesebuah syarikat.

Manakala, pengenalan peraturan urus tadbir korporat bagi syarikat berhad dapat memfasilitasikan pengurusan keusahawanan yang berhemat dan efektif yang mana ianya boleh meningkatkan keyakinan para pelabur.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pindaan tersebut antara lain memperkenalkan peruntukan bagi memberikan perlindungan daripada diskriminasi dan ketidakadilan.

Peruntukan baru juga diperkenalkan yang mana menghendaki semua syarikat berhad untuk mempunyai jawatankuasa audit dan lembaga pengarah syarikat yang terdiri daripada pengarah yang majoritinya adalah pengarah bebas.

ARTIKEL YANG SAMA