Perintah berkurung di negeri kelahiran Modi

Perintah berkurung di negeri kelahiran Modi

AHMEDABAD, India, 26 Ogos (AFP) – Beribu-ribu anggota keselamatan dikerah hari ini ke bandar utama negeri kelahiran Perdana Menteri India, Narendra Modi selepas rusuhan semalaman dan perbuatan membakar dengan sengaja oleh kasta yang menuntut layanan utama.

Kerajaan Gujarat mengenakan perintah berkurung di beberapa bahagian Ahmedabad dan empat buah lagi bandar serta kota di seluruh negeri barat dan mengerahkan pasukan bantuan separa tentera selepas anggota-anggota kasta mewah Patidar mengamuk.

Kaum kasta Patidar atau Patels membaling baling dan membakar kereta, bas serta balai polis ekoran penangkapan ketua mereka yang mencetuskan keganasan, yang beberapa jam sebelumnya mengetuai bantahan besar-besaran di Ahmedabad, menurut para pegawai kanan.

Kira-kira sedozen pegawai dan anggota keselamatan tercedera dalam keganasan itu, yang mengakibatkan perintah berkurung pertama di negeri itu sejak 2002 apabila rusuhan perkauman mengorbankan kira-kira 1,000 orang, menurut Ketua Pengarah Polis P C Thakur.

“Perintah berkurung dikenakan ekoran perbuatan membakar sengaja besar-besaran dan rusuhan oleh anggota masyarakat Patidar di beberapa buah bandar di negeri itu pada lewat semalam,” Thakur memberitahu AFP.

Para penyokong ‘Patidar Anamat Andolan Samiti’ menguasai kenderaan polis tatkala mereka mendengar ucapan Hardik Patel, 22, ketika perhimpunan komuniti Patel Patidar di Ahmedabad pada 25 Ogos 2015. – AFP
Para penyokong ‘Patidar Anamat Andolan Samiti’ menguasai kenderaan polis tatkala mereka mendengar ucapan Hardik Patel, 22, ketika perhimpunan komuniti Patel Patidar di Ahmedabad pada 25 Ogos 2015. – AFP

“Kereta polis teruk menjadi sasaran lontaran batu dan stesen polis dibakar di bandar-bandar Unjha dan Kalol,” katanya lagi.

“Tiga puluh buah kompeni pasukan paramilitari akan tiba di Ahmedabad dari New Delhi pagi hari ini.” Sejumlah beberapa ribu anggota dalam kompeni itu.

Kedai, perniagaan lain dan juga sekolah ditutup di kawasan-kawasan tegang Ahmedabad yang diletakkan di bawah perintah berkurung dan beratus-ratus anggota polis telah pun melancarkan rondaan di jalan rayanya yang sebahagian besarnya lengang, menurut seorang pemberita AFP di bandar itu.

Ketua Hardik Patel, 22 tahun, merayu bagi sikap bertenang selepas dibebaskan semalaman dengan ikat jamin tetapi juga menggesa bagi diadakan mogok hari ini.

Sebanyak-banyaknya 100 buah bas dibakar dan harta rosak dalam keganasan di bandar-bandar Ahmedabad, Surat dan Mehsana dan bandar-bandar Unjha adan Visnagar, menurut para pegawai kanan tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA