Perintah berkurung di perairan Esszone dilanjut hingga 6 Sept

Perintah berkurung di perairan Esszone dilanjut hingga 6 Sept

KOTA KINABALU, 23 Ogos (Bernama) – Perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah, melibatkan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah(Esszone), dilanjutkan bagi fasa ke-26 bermula semalam hingga 6 Sept dari 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata perintahberkurung dari jarak tiga batu nautika dari pantai itu dilanjutkan keranakawasan berkenaan masih diancam penjenayah rentas sempadan seperti penculikan untuk tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf untuk melakukan jenayah.

“(Pelanjutan perintah berkurung ini juga untuk) menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan seperti pelancong dan rakyatSabah di dataran Esszone,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA