Perintah berkurung dibatal, rai festival musim bunga

Perintah berkurung dibatal, rai festival musim bunga

DIYARBAKIR, Turki, 21 Mac (Reuters) – Pihak berkuasa Turki hari ini menarik balik perintah berkurung yang dikenakan untuk memerangi militan-militan Kurdis di sebuah kawasan bandar terbesar tenggara Turki, Diyarbakir, tetapi kawalan keselamatan ketat ketika kaum Kurdis meraikan festival musim bunga Newroz.

Turki, anggota NATO dalam langkah berwaspada selepas siri-siri pengeboman yang telah mengorbankan lebih 80 orang, paling terbaru pengeboman berani mati di Istanbul yang mengorbankan tiga orang warga Israel dan seorang warga Iran pada Sabtu lalu.

Menteri dalam negeri Turki berkata seorang warga Turki yang menjadi anggota kumpulan militan IS bertanggung jawab bagi pengeboman itu. Militan-militan Kurdis juga melancarkan serangan bom.

Pejabat gabenor daerah Baglar di Diyarbakir berkata perintah berkurung selama enam hari di kawasan Kaynartepe telah ditarik balik dari pukul 6 pagi. Itu telah diisytiharkan selepas langkah-langkah oleh militan-militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) untuk mendirikan perintang, menggali parit dan menanam bahan letupan di sana, tetapi kenyataan itu mengatakan operasi pasukan keselamatan telah mencapai matlamatnya.

Kaum Kurdish Turki berkumpul semasa perayaan Newroz di Diyarbakir pada 21 Mac. – AFP
Kaum Kurdish Turki berkumpul semasa perayaan Newroz di Diyarbakir pada 21 Mac. – AFP

Keganasan meningkat di kawasan yang terutamanya di tenggara Kurdis sejak gencatan senjata dua setengah tahun sebelum perayaan Newroz yang pada kemuncak pemberontakan PKK dalam tahun 1990an dilanda pertempuran antara para pembantah dan pasukan keselamatan.

Sumber-sumber keselamatan berkata ratusan anggota polis terlibat dalam operasi itu untuk menahan dan memeriksa kenderaan di pelbagai tempat sekitar Diyarbakir semalaman dan melaksanakan pemeriksaan identiti ke atas penginap-penginap di hotel-hotel dan kafe-kafe di kawasan itu.