Perintah pelaksanaan tembakau terjejas

Perintah pelaksanaan tembakau terjejas

NEW DELHI, 19 Ogos – Guni yang penuh dengan surat dan berhabuk di kementerian kesihatan India merupakan halangan terbaru kepada usaha untuk melaksana undang-undang lebih ketat bertujuan mengawal merokok, memandangkan lebih daripada 100,000 mesej yang tidak dibaca daripada orang awam membebani pegawai dan menangguhkan perundangan.

Dengan tembakau dikaitkan dengan 900,000 kematian setahun di India, kerajaan mahu menambah umur merokok minimum kepada 21 daripada 18 tahun, dan mengharamkan penjualan rokok, yang menyumbang kepada 70 peratus daripada jualan keseluruhan.

Sebelum membentang cadangannya di parlimen, kerajaan pada Januari meminta cadangan orang awam.

Keputusan adalah baru dan tidak pernah berlaku sebelum ini: 45,000 e-mel dan lebih daripada 100,000 surat dihantar menerusi pos, dalam guni putih dan perang ditimbun dalam kementerian kesihatan, di tepi meja pegawai yang bekerja di depan komputer.

Menganalisis dan mengumpul semak respons orang awam adalah penting untuk proses perundangan diteruskan. Jumlah yang amat banyak itu telah membingungkan pegawai, dengan beberapa pegawai bimbang ia mungkin mengambil lima bulan untuk membaca surat berkenaan. Beberapa pegawai kesihatan mengesyaki kempen penulisan surat dirancang oleh industri tembakau untuk menangguhkan proses itu.

“Nampaknya ia merupakan satu kempen terancang memandangkan banyak surat difotokopi dan dihantar dalam sampul sama warna dari sebuah bandar atau kampung,” kata seorang pegawai kementerian kesihatan, yang tidak mahu namanya disiarkan kerana beliau tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Sementara tidak adanya bukti untuk menyokong rasa syak tersebut, terdapatnya tanda-tanda wujudnya kempen penulisan surat terancang. Sekurang-kurangnya satu bungkusan surat yang dilihat oleh Reuters mengandungi puluhan bantahan dengan cetakan sama tetapi ditandatangani oleh orang lain. Beberapa e-mel bantahan datang daripada pekerja pengeluar rokok terbesar India, ITC Ltd.

Seorang jurucakap syarikat berkata ITC tidak meminta pekerja untuk menghantar surat. Sameer Shaikh, eksekutif jualan dengan ITC, berkata beliau dan isterinya menulis, khuatir mengenai pembuangan pekerja. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA