Perintah rekod niaga 2015

Perintah rekod niaga 2015

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Perintah Penyimpanan Rekod (Perniagaan) 2015.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataannya hari ini menjelaskan, perintah tersebut bertujuan bagi menggalakkan peniaga-peniaga mengamalkan penyimpanan rekod yang baik dan memberikan kawalan dalaman yang lebih baik kepada peniaga bagi membantu kemajuan perniagaan.

Perintah ini menghendaki setiap individu mengusahakan atau menjalankan mana-mana perniagaan (termasuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion, kerjaya dan apa juga aktiviti yang dijalankan untuk tujuan keuntungan) untuk menyimpan dan menyelenggarakan rekod setiap transaksi perniagaan.

Rekod tersebut perlu disimpan selama tempoh sekurang-kurangnya lima tahun dari tarikh transaksi dibuat yang mana rekod yang dimaksudkan dalam perintah ini termasuk buku akaun yang merekodkan semua transaksi perniagaan, penerimaan dan pembayaran, invois, baucar, resit dan dokumen berkenaan bagi mengesahkan jumlah dalam buku akaun.

ARTIKEL YANG SAMA