Perisian Amaz...

Perisian Amazon hidupkan TV pintar

NEW YORK, 17 Mei – Perisian TV streaming Amazon akan muncul pada sistem baru TV pintar yang dibentuk untuk menggabungkan perkhidmatan TV streaming dan saluran udara tetapi bukan pakej kabel.

TVs dari Element Electronics akan dijual di bawah jenama Element dan Westinghouse dan akan berharga lebih dari TVs pintar biasa dari mana-mana jenama itu. Para pegawai berkata TVs mempunyai perkakasan lebih baik untuk streaming yang boleh diharapkan dan tidak dibentuk bagi penonton biasa yang membeli TV tidak pernah menyambungkan ke internet.

Sementara Samsung dan IG masih sedang memajukan sistem TV pintar sendiri, banyak lagi pengilang telah mengenepikan usaha dalam syarikat dan sebaliknya beralih kepada syarikat-syarikat TV streaming seperti Roku dan kini Amazon. Usaha dalam syarikat sebahagian besarnya lemah kerana beberapa perkhidmatan streaming sukar dalam membentuk aplikasi bagi mereka dan mereka tidak mempunyai pasukan besar untuk mengawasi ancaman keselamatan.

Bagi TVs baru Amazon Fire TV mendapatkan kawalan jauh TV biasa seperti suara, manakala menu pada skrin diadaptasi untuk bergabung TV langsung. Selain barisan ikon bagi pelbagai aplikasi dan kandungan streaming, kini terdapat barisan hanya bagi menunjukkan yang ada semasa melalui antena. Terdapat juga barisan bagi peranti bersambung, seperti konsol permainan dan alat pemain DVD.

Mempunyai Kabel? Boleh dilihat pada TV, tetapi tidak akan mendapat integrasi menu. Juga perlu menggunakan kawalan jauh kabel kerana Fire TV tidak mempunyai nombor bagi menukar saluran. Dengan siaran di udara, ia dilakukan melalui menu pada skrin.

Meskipun para pegawai berkata integrasi kabel mungkin akan muncul, keputusan untuk menumpu pada kandungan udara memperlihatkan amalan meningkat ‘’cord-cutting’ – mengenepikan perkhidmatan kabel untuk perkhidmatan streaming online, termasuklah yang ditawarkan di Fire TV.

Harga dari AS$449 bagi TV 43 inci hingga AS$899 bagi 65 inci. TVs baru dipanggil Edisi Amazon Fire TV akan mampu memaparkan video lebih jelas dikenali sebagai resolusi 4K, meskipun kebanyakan rancangan dan filem TV hanya diperolehi dalam resolusi tinggi, yang standard pada TV hari ini. – AP

ARTIKEL YANG SAMA