Perisian Cortana untuk pengguna Android

Perisian Cortana untuk pengguna Android

SAN FRANCISCO, 26 Ogos (AFP) – Microsoft semalam berkata perisian bantuan sebenar Cortana tersedia untuk para pengguna peranti bergerak Android.

Cortana adalah jawapan Microsoft kepada Apple’s Siri dan Google Now, yang memberi respons kepada arahan suara pada peranti bergerak.

Pelancaran itu adalah sebahagian usaha oleh Microsoft untuk meluaskan kehadiran perantinya di sebalik prestasi lemah bagi peranti Windows Phone.

“Aplikasi Cortana boleh melakukan kebanyakan benda yang dilakukan oleh Cortana pada komputer peribadi anda atau pada telefon Windows,” Susan Hendrich, dari Microsoft berkata dalam satu blog.

“Dengan aplikasi, anda boleh mengurus gaya hidup anda yang sangat sibuk dengan menetapkan dan mendapat peringatan, mencari sesawang on-the-go, menjejaki maklumat penting seperti butiran penerbangan dan juga memulakan dan menyelesaikan tugas di seluruh peranti anda.”

Versi beta Cortana disediakan bermula semalam kepada para pengguna peranti Android AS dan ‘kami merancang mengeluarkannya ke pasaran lain,” kata Hendrich lagi.

Menurut Microsoft pada bulan Mei lalu, ia sedang mengusahakan versi Android dan juga satu lagi untuk peranti Apple.

Menurut firma penyelidikan Gartner, Windows mempunyai 2.5 peratus pasaran telefon pintar sejagat dalam suku kedua berbanding dengan 82 peratus bagi Android, Google dan 14.6 peratus bagi iOS, Apple.

ARTIKEL YANG SAMA