Perisic wira ...

Perisic wira Inter di Udinese

MILAN, 9 Jan – Ivan Perisic menjaringkan dua gol termasuk gol kemenangan di saat akhir apabila Inter Milan memulakan Tahun Baru dengan kebangkitan di Udinese bagi melonjakkan mereka ke tangga keenam Serie A kelmarin.

Inter membuat perjalanan ke utara bagi mendapatkan kemenangan keempat berturut-turut, namun berdepan dengan skuad Udinese yang bersemangat tinggi. Ia terbukti apabila Seko Fofana mengujikan penjaga gol pelawat, Samir Handanovic dengan rembatan kencang di awal perlawanan.

Meskipun pasukan tuan rumah akhirnya berjaya menembusi gawang lawan hasil jaringan Jakub Jankto, Perisic berjaya menyudahkan gol bagi menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama dan kemudian jaringan kemenangan di hujung perlawanan bagi menempatkan Inter sembilan mata di belakang Juventus.

Inter mengejar kedudukan di tangga ketiga dan kembali ke Liga Juara-Juara, dan Handanovic memberitahu Sky Sport: “Ini adalah amaran kepada pasukan lain bahawa kami berjuang ke atas.

“Kami tahu ia bukan tugas yang mudah di sini, Udinese telah memperoleh 10 mata dalam lima perlawanan terakhir mereka, tetapi gol sebelum rehat telah memberikan kami kepercayaan dan kami memulakan separuh masa kedua dengan lebih berkeyakinan.” – AFP

Para pemain Inter Milan berteriak kegembiraan selepas Ivan Perisic menjaringkan gol kemenangan menentang Udinese dalam aksi Serie A yang berkesudahan 2-1. – AP
Para pemain Inter Milan berteriak kegembiraan selepas Ivan Perisic menjaringkan gol kemenangan menentang Udinese dalam aksi Serie A yang berkesudahan 2-1. – AP

ARTIKEL YANG SAMA