Perisik Israel yang cuba gagalkan program nuklear Iran meninggal dunia

Perisik Israel yang cuba gagalkan program nuklear Iran meninggal dunia

BAITULMUQADDIS, 17 Mac (AFP) – Meir Dagan, bekas ketua agensi perisik Israel, Mossad yang bekerja untuk membatalkan program nuklear Iran yang juga menentang serangan tentera daripada menyerangnya, meninggal dunia hari ini pada usianya 71 tahun, menurut kerajaan.

Dagan, menghidap kanser hati dan telah menjalani pemindahan, mengetuai Mossad dari 2002 sehingga 2010.

Dia dilaporkan ditugaskan dengan mensabotaj program nuklear Iran yang merupakan musuh ketat Israel, untuk mencegah negara itu daripada membangunkan senjata atom.