Perisytiharan Dunhuang akhiri expo kebudayaan antarabangsa

Perisytiharan Dunhuang akhiri expo kebudayaan antarabangsa

LANZHOU, China, 22 Sept – Perwakilan daripada negara-negara Belt dan Road telah menandatangani satu perisytiharan di Bandar Raya Dunhuang di barat

laut China untuk memperluaskan lagi pertukaran kebudayaan ketika Expo Kebudayaan Antarabangsa Laluan Sutera berakhir pada Rabu.

Dalam Perisytiharan Dunhuang itu, kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman kebudayaan telah ditekankan. Penandatangan bersetuju untuk melindungi warisan sejarah dan budaya, mengukuhkan dialog budaya di semua peringkat, dan menggalakkan perdagangan kebudayaan dan kerjasama industri.

Menurut jawatankuasa penganjur, 89 perjanjian yang berkaitan dengan industri budaya dengan jumlah nilai sebanyak 108 bilion yuan (16 bilion dolar Amerika Syarikat) telah ditandatangani semasa ekspo dua hari itu. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA