Perjalanan mula lancar

Perjalanan mula lancar

Oleh Achong Tanjong

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja bagi penduduk Meragang kini sudah lancar dengan pembukaan jejambat dekat kawasan berkenaan.

Sebelum ini, ramai pemandu mengadu mengenai keadaan lalulintas kenderaan di kawasan berkenaan, terutamanya pada waktu sibuk.

Jabatan Kerja Raya (JKR), baru-baru ini, telah mengumumkan pembukaan jejambat berkenaan bagi laluan menghala ke Pekan Muara dan Jerudong.

Jejambat yang baru dibuka kini melancarkan perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja bagi penduduk Meragang.
Jejambat yang baru dibuka kini melancarkan perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja bagi penduduk Meragang.

Fasa kedua pembukaan akan melibatkan persimpangan lampu isyarat, yang akan dilakukan selepas kerja-kerja siap dilaksanakan di bahu jalan.

Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123, Facebook di Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel ke pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA