Perjanian 10 bilion Iran-Eropah tunggu kelulusan AS

Perjanian 10 bilion Iran-Eropah tunggu kelulusan AS

TEHRAN, 5 Jun – Satu perjanjian bernilai $10 bilion di antara Iran dan pengeluar pesawat udara Eropah Airbus untuk 118 pesawat udara masih menunggu kelulusan daripada Amerika Syarikat, beritahu Timbalan Menteri Pengangkutan, Asghar Fakhrieh Kashan kepada AFP pada Jumaat.

Iran telah menempah kira-kira 200 kapal terbang daripada tiga pengeluar Barat sejak sekatan berkaitan nuklear dibatalkan pada pertengahan Januari.

Bagaimanapun, perjanjian Airbus masih memerlukan kelulusan daripada Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) disebabkan lebih 10 peratus daripada komponen dalam kapal terbang Airbus adalah berasal dari Amerika.

Pengeluar Barat selama dua dekad dilarang daripada menjual pesawat udara atau peralatan dan alat ganti kepada firma penerbangan Iran.

Selepas pembatalan sekatan, Tehran dan Airbus menandatangani satu memorandum persefahaman untuk pembelian tersebut ketika satu lawatan ke Paris pada akhir Januari oleh Presiden Iran Hassan Rouhani.

Menurut Menteri Perancis, perjanjian Airbus Iran kini pada peringkat akhir. Iran telah menempah kira-kira 200 kapal terbang daripada tiga pengeluar Barat sejak sekatan berkaitan nuklear dibatalkan pada pertengahan Januari. – AFP
Menurut Menteri Perancis, perjanjian Airbus Iran kini pada peringkat akhir. Iran telah menempah kira-kira 200 kapal terbang daripada tiga pengeluar Barat sejak sekatan berkaitan nuklear dibatalkan pada pertengahan Januari. – AFP

Pada 18 April, Menteri Pengangkutan Perancis Alain Vidalies mengumumkan ketika satu lawatan ke Tehran bahawa kebenaran AS untuk perjanjian akan diperoleh tidak lama lagi.

“Rundingan kami sudah dalam peringkat akhir memandangkan mesyuarat harus diadakan pada minggu depan untuk memuktamadkan keputusan,” kata Vidalies.

Kashan memberitahu AFP pada Jumaat bahawa MoU dengan Airbus ‘adalah kontrak sewa-beli dan wang mesti datang daripada pembiayaan bank.”

“Kami mempunyai perbincangan dengan Airbus dan saluran kewangan telahpun dikenalpasti,” kata beliau. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA