Perjanjian AS$66 bilion Bayer, Monsanto

Perjanjian AS$66 bilion Bayer, Monsanto

FRANKFURT, 15 Sept – Syarikat kimia Jerman Bayer mengumumkan semalam satu perjanjian bernilai AS$66 bilion untuk membeli firma benih dan racun perosak AS, Monsanto, mencetuskan kritikan daripada petani dan pencinta alam sekitar.

Selepas berbulan-bulan lamanya, Bayer berkata rakannya di AS itu telah menerima tawaran AS$128 sesaham untuk Monsanto dalam urus niaga wang tunai berkenaan, mengelak daripada pengambilalihan secara paksa.Jika selesai, perjanjian berjumlah 58.8 bilion euro itu akan menandakan pengambilalihan terbesar oleh sebuah firma Jerman dan akan menubuhkan salah sebuah firma terbesar dalam sektor perniagaan tani.

“Kombinasi dengan Monsanto melambangkan pendekatan revolusi terhadap pertanian yang diperlukan untuk memberi makan kepada dunia,” beritahu ketua eksekutif Bayer Werner Baumann kepada pelabur dalam satu panggilan persidangan.Namun reaksi pelabur di AS, di mana saham Monsanto naik 0.6 peratus tetapi masih melebihi AS$21 di bawah harga perjanjian, mencadangkan keraguan mendalam pasaran bahawa perjanjian boleh melepasi halangan kewangan dan pecah amanah. Harga saham Bayer pada bulannya naik selepas berita perjanjian tetapi kembali merosot pada perang, memperoleh 0.3 peratus kepada 93.55 euro.

Kumpulan alam sekitar bersedia untuk bertarung. Dalam sokongan terhadap tentangan sengit di Eropah ke atas penggunaan tanaman yang diubah suai dari segi genetik oleh Monsanto serta racun herba Roundup. – AFP

Gambar fail 23 Mei 2016 menunjukkan logo korporat Bayer AG di sebuah bangunan perubatan dan bahan kimia syarikat Jerman di Berlin. – AP
Gambar fail 23 Mei 2016 menunjukkan logo korporat Bayer AG di sebuah bangunan perubatan dan bahan kimia syarikat Jerman di Berlin. – AP

ARTIKEL YANG SAMA