Perjanjian bersama rakan kongsi dimeterai

Perjanjian bersama rakan kongsi dimeterai

Oleh Rafidah Jumat

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – Pesta Pengguna ke-17 bakal menemui pengunjungnya apabila D’Sunlit Sdn Bhd selaku penganjurnya, hari ini, memeterai perjanjian bersama rakan kongsi acara dan aktiviti untuk merealisasikan acara itu.

Majlis penandatanganan yang diadakan di D’Sunlit Sdn Bhd itu menyaksikan Pengurus Besarnya, Christopher Chee menandatangani perjanjian bersama rakan kongsi acara iaitu Aewon Garment & Embroidery, Bank Islam Brunei Darussalam, Brunei Press Sdn Bhd, IBIC Sdn Bhd (Sehat), Kristal FM, Oregon Systems, Radio Televisyen Brunei dan Ranoadidas.com.

Sementara itu, rakan kongsi aktiviti bagi pesta kali ini ialah Jabatan Perkhidmatan Makmal Hospital RIPAS, Syarikat Perniagaan Malar Setia, Home Global Sdn Bhd, Kindykare International Day Care Center, Coffee Bean & Tea Leaf, Aiking Trading Co Sdn Bhd, Hui Huang Enterprise dan Bintang Ria Sdn Bhd.

Sesi menukar dokumen antara D’sunlit Sdn Bhd dengan para penaja.
Sesi menukar dokumen antara D’sunlit Sdn Bhd dengan para penaja.
Bergambar ramai bersama para penaja Pesta Pengguna ke-17.
Bergambar ramai bersama para penaja Pesta Pengguna ke-17.

Pesta Pengguna bakal diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas pada 27 hingga 31 Januari 2016, dengan menampilkan lebih 400 penyertaan yang mengetengahkan berbagai-bagai produk dan perkhidmatan dari Brunei dan negara luar.

Seperti tahun-tahun yang sudah, pesta kali ini turut menyediakan pelbagai aktiviti seperti menjejak Mr. Brown, bolehkah anda melihat C Sairol, kempen menderma darah, cabutan bertuah Kopi Kapal Api dan cabutan utama Pesta Pengguna.

Buat pertama kalinya juga, Pesta Pengguna akan menampilkan duta animasi Doraemon.

Pesta berkenaan akan dibukakan kepada kunjungan orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam kecuali Jumaat yang akan ditutup sementara dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

ARTIKEL YANG SAMA