Perjanjian damai dipecahkan

Perjanjian damai dipecahkan

ADEN, 29 Julai (AFP) – Gencatan senjata kemanusiaan di Yaman telah gagal selepas kapal terbang perang yang diketuai Saudi telah menyambung semula serbuan semalam ke atas pemberontak yang bertempur dengan kumpulan-kumpulan yang setia, menurut sumber tentera.

Iran, yang menyokong pemberontak Huthi Syiah menuduh saingan serantau Sunninya, Riyadh “bermain api dan gencatan senjata itu.”

Sebuah kumpulan hak asasi kemanusiaan, sementara itu menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menyiasat serangan udara minggu lalu yang membunuh ramai orang awam, dengan menyifatkan serangan itu ‘jenayah perang yang nyata’.

Gencatan senjata lima hari yang bermula Isnin lalu adalah sehala yang diisytiharkan oleh gabungan Arab pro kerajaan yang diketuai oleh Arab Saudi untuk membolehkan penghantaran bekalan bantuan yang benar-benar diperlukan.

Tetapi gabungan itu, yang memulakan kempen udaranya ke atas pemberontak Syiah Huthi dan sekutu-sekutunya dalam lewat Mac berkata ia juga berhak untuk menyerang ke atas mana-mana gerakan ketenteraan oleh pemberontak.

Presiden Yaman ketika dalam satu sidang akhbar di pusat Saudi. – Reuters
Presiden Yaman ketika dalam satu sidang akhbar di pusat Saudi. – Reuters

Serangan udara mensasarkan pemberontak-pemberontak di utara Aden, bandar kedua Yaman, kebanyakannya yang ditawan semula oleh kumpulan-kumpulan yang setia minggu lalu selepas pertempuran ganas selama empat bulan, menurut sumber tentera.

Serangan juga dilakukan ke atas pemberontak-pemberontak di wilayah berhampiran, Lahj, yang mana pasukan yang setia kepada Presiden Abedrabbo Mansour Hadi yang hidup dalam buangan, telah mengetatkan jerat ke atas para pemberontak di pangkalan udara strategik Al-Anad.

Tiga serangan udara mensasarkan konvoi pemberontak dekat Sabr, utara Aden, yang mana kumpulan yang setia telah melakukan kemaraan mereka di sana, dalam tempoh beberapa hari lalu, menurut sumber tentera.