Perjanjian EU-Turki sementara

Perjanjian EU-Turki sementara

BRUSSELS, 16 Mac (AFP) – Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk menekankan dalam notanya kepada para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) bahawa perjanjian yang dirancang bersama Turki untuk membendung aliran penghijrah ke pulau Greece akan menjadi satu ‘langkah luar biasa dan sementara’.

Nota berkenaan yang dilihat oleh Reuters, mengemukakan dasar bagi perjanjian yang Tusk harapkan untuk mencapai persetujuan apabila dia mempengerusikan sidang kemuncak para pemimpin EU pada Khamis diikuti oleh mesyuarat para pemimpin EU bersama perdana menteri Turki di Brussels pada Jumaat.

Ia menekankan keperluan bagi pencari perlindungan yang berada di Greece untuk pulang ke Turki hanya selepas tuntutan mereka dikaji di bawah undang-undang EU dan Turki akan melindungi mereka.

Sementara itu, para pemimpin Eropah juga telah melancarkan serangan menarik untuk meraih kembali perjanjian penghijrah dengan Turki hari ini, dengan berusaha untuk memulihkan perbalahan antara negara-negara anggota sebelum sidang mesyuarat penting dengan Ankara.

Donald Tusk semalam memberi amaran bahawa usaha keras berada di hadapan sebelum memuktamadkan perjanjian, Cyprus mengancam akan menggagalkannya ekoran pertikaian lama dengan Turki.

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu (kanan) dan Donald Tusk berjabat tangan selepas sidang berita di Ankara, Turki pada 15 Mac. – Reuters
Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu (kanan) dan Donald Tusk berjabat tangan selepas sidang berita di Ankara, Turki pada 15 Mac. – Reuters

Tusk telah mengadakan rundingan di Nicosia dalam usaha untuk meraih sokongan Cyprus bagi cadangan itu yang telah disambut baik sebagai ‘pengubah’ bagi negara-negara Eropah yang berdepan dengan gelombang ketibaan baru.

Para pemimpin EU dan Turki minggu lalu telah menyetujui rancangan sementara yang akan menyaksikan penghijrah-penghijrah baru yang mendarat di Greece dihantar balik ke Turki. Bagi setiap orang pelarian Syria yang dipulangkan, EU akan menempatkan seorang dari kem Turki.

Tetapi desakan meningkat terhadap perjanjian itu, dengan Perancis dan Republik Czech memberi amaran tentang cubaan Turki untuk ‘memeras ugut’ Perancis.

Cyprus melahirkan keraguan, kerana seteru lamanya Turki menjangkakan perjanjian untuk melanjutkan bidaan keanggotaan EU dan melegakan keperluan visa di kawasan Schengen yang bebas pasport.

Para pegawai PBB (UN) yang berhubung dengan orang pelarian dan hak asasi kemanusiaan juga mempersoalkan sama ada rancangan itu adalah sah di sisi undang-undang.

Tusk, mengakui ini adalah isu dan ‘tugas yang tidak mudah’ untuk menjadikan cadangan itu yang sah dan dapat diterima oleh kesemua 28 anggota EU.