Perjanjian iklim bergantung pada lingkungan PBB

Perjanjian iklim bergantung pada lingkungan PBB

BONN, 12 Jun (AFP) – Usaha maraton untuk mewujudkan pakatan dunia mengenai perubahan iklim kini bergantung kepada apa yang berlaku di luar arena Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam bulan mendatang, menurut penganalisis selepas satu lagi pusingan rundingan yang buntu.

Sama ada Konvensyen Rangka Kerja 195 Negara PBB Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) boleh mencapai perjanjian sebelum 2020 di Paris enam bulan dari sekarang amat bergantung ke atas mesyuarat yang kerap “tergesa-gesa”.

Harapannya adalah negara-negara berpengaruh, dengan sokongan kumpulan pro-perubahan iklim dari sektor perniagaan dan awam, mula untuk melebarkan lagi rundingan yang lebih serius.

Pusingan rundingan 11 hari berakhir di Bonn semalam, gagal dalam mencapai draf untuk ditukar menjadi rangka tindakan yang terurus bagi rundingan.

Tetapi dari segi positifnya, tidak terdapat dorongan dan kepercayaan – ramuan ajaib yang menghalang perjanjian – masih kekal tinggi.

Alden Meyer, seorang pemerhati veteran dengan Kesatuan Saintis Prihatin yang berpangkalan di Amerika Syarikat, menjelaskan mengenai berpuluh-puluh mesyuarat pada bulan mendatang yang menawarkan peluang bagi kemantapan proses UNFCCC.

“Kompromi tidak akan dicapai pada peringkat rundingan,” beliau memberitahu AFP.

“Ia akan ditemui pada peringkat menteri dan malah di peringkat ketua negara mengenai isu-su seperti kewangan, itulah cara dunia bekerja.

“Harapan ialah pada masa depan ini akan mewujudkan dorongan kuat yang meningkatkan cita-cita dan matlamat politik dalam proses ini.”

Persidangan mendatang di paris bermula 30 November sehingga 1 Disember akan diselaraskan dengan dua perhimpunan UNFCCC di Bonn pada peringkat perunding.