Perjanjian jet ‘ambil masa’

Perjanjian jet ‘ambil masa’

CHANDIGARH, India, 24 Jan – Presiden Perancis Francois Holland tidak memandang serius prospek kesimpulan pantas kepada perjanjian untuk New Delhi membeli 36 buah jet pejuang Perancis, apabila beliau memulakan lawatan tiga hari ke India hari ini.

Jemputan untuk Hollande menjadi tetamu khas pada perarakan ketenteraan Hari Republik, India pada hari Selasa telah menambah jangkaan bahawa perjanjian berbilion-bilion dolar bagi jet-jet Rafale akan akhirnya dimeterai.

Tetapi dalam satu temu bual yang disiarkan beberapa jam sebelum ketibaannya, Hollande memberi amaran bahawa sementara rundingan sedang dijalankan, perjanjian tentang butiran terakhir akan masih mengambil masa.

Hollande memberitahu Press Trust of India, perjanjian itu ‘adalah projek besar bagi India dan Perancis’ yang akan ‘membuka jalan bagi kerjasama perindustrian dan teknologi yang tidak pernah ada sebelum ini’ bagi tempoh empat dekad akan datang.

“Menyetujui keteknikalan penyusunan ini jelas mengambil masa, tetapi kita berada di landas betul,” beliau memberitahu agensi berita.

Narenda Modi (kanan) berjabat tangan dengan Francois Hollande sejurus ketibaannya di Rock Garden di Chandigarh pada 24 Januari. – AFP
Narenda Modi (kanan) berjabat tangan dengan Francois Hollande sejurus ketibaannya di Rock Garden di Chandigarh pada 24 Januari. – AFP

Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan di Paris tahun lalu bahawa kerajaan beliau telah bersetuju untuk membeli jet-jet ketika India berhasrat memodenkan ketenteraannya yang era Soviet, sebahagiannya untuk menyaingi negara-negara jirannya, Pakistan dan China.

Kedua-dua pemimpin campur tangan dalam perjanjian yang lama tertangguh tahun lalu setelah rundingan yang amat sukar berhubung perjanjian lebih besar yang kali pertama ditandatangani dengan Dassault Aviation, Perancis dalam tahun 2012 menempuh kegagalan.

Halangan utama adalah keperluan piawaian Delhi bahawa pengeluar senjata melabur peratusan nilai sebarang perjanjian besar di India, dikenali sebagai fasal mengimbangi.

Hollande memulakan lawatan rasmi kedua beliau ke India dengan melawat bandar utara Chandigarh, yang direka oleh arkitek Perancis, Le Corbusier lebih 60 tahun lalu.

Selepas mendarat di Chandigarh sebelum 1 petang, Hollande dijangka menemui Modi untuk bersiar-siar di taman terkenal Chandigarh, dengan seni arca yang dibuat dari runtuhan dari pembinaan bandar itu.

Pemimpin Perancis, yang membuat perjalanan bersama delegasi besar perniagaan, akan juga menghadiri bersama Modi, sebuah forum CEO India di sebelah petang. – AFP