Perjanjian MAS-Emirates dilihat sebagai langkah strategik

Perjanjian MAS-Emirates dilihat sebagai langkah strategik

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Penandatanganan perjanjian perkongsian kod penerbangan Malaysia Airlines-Emirates merupakan petanda baik kepada syarikat penerbangan negara memandangkan ia membuka peluang perluasan rangkaian laluan di hemisfera barat, demikian menurut seorang ahli akademik hari ini.

Pengarah Universiti Utara Malaysia kampus Kuala Lumpur, Dr Ahmad Rizal Mazlan berkata langkah itu juga membolehkan Malaysia Airlines menumpukan rangkaian penerbangan ke negara-negara yang sedang pesat membangun di Asia.

Beliau berkata kerjasama berkuat kuasa pada 15 Feb depan, mengorak strategi perniagaan baharu yang berbeza daripada langkahnya sebelum ini, yang mengelak untuk menghubungkan bandar-bandar di Eropah ke Australia, memandangkan laluan berkenaan mempunyai banyak persaingan.

Sebagai sebahagian daripada program rasionalisasi laluan Malaysia Airlines, ia telah mengurangkan kapasiti sebanyak 27 peratus susulan penamatan beberapa destinasi, termasuk Frankfurt, Istanbul dan Brisbane.

Destinasi terbaru yang akan digugurkan adalah penerbangan harian ke Paris dan Amsterdam, dijangka pada 1 Febuari.

pg18_160126_c

Malaysia Airlines, bagaimanapun akan mengekalkan penerbangan dua kali sehari ke London, satu-satunya destinasi Eropah dengan perkhidmatan penerbangan terus. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA