Perjanjian nuklear Iran dicapai

Perjanjian nuklear Iran dicapai

VIENNA, 14 Julai (AFP) – Enam negara kuasa besar dan Iran menandatangani perjanjian bertujuan memastikan Tehran tidak memiliki bom nuklear dan sebagai balasan kepada pelepasan sekatan, demikian menurut seorang diplomat.

Persetujuan dicapai pada hari ke-18 rundingan tanpa henti antara Tehran dan negara P5+1 – Amerika Syarikat, Rusia, China, Britain, Perancis dan Jerman di Vienna.

“Perjanjian itu sudah dimeterai,” katanya kepada AFP di ibu negara Austria, di mana mesyuarat akhir antara Iran dan kuasa besar dunia bermula pada 0830 GMT.

Jurucakap EU, Catherine Ray, berkata menerusi Twitternya bahawa satu sidang media akan diadakan berhubung perkara itu.

Perwakilan tinggi EU (kiri) bersama Menteri Luar Iran bercakap dalam rundingan di Vienna. – AFP
Perwakilan tinggi EU (kiri) bersama Menteri Luar Iran bercakap dalam rundingan di Vienna. – AFP

Perjanjian itu dijangka mengekang program nuklear Iran dan melaksanakan pemeriksaan ketat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengesan sebarang usaha untuk menghasilkan senjata nuklear.

ARTIKEL YANG SAMA